awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara perlu jadi perintis industri teknologi tinggi, canggih - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
11/05/2016
01:26 MYT
Mara perlu jadi perintis industri teknologi tinggi, canggih - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Penerokaan aktif dalam industri berkenaan boleh membangunkan usahawan dan modal insan hingga ke taraf dunia. -Gambar fail
Sektor pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran menjadi perintis industri berteknologi tinggi dan canggih yang boleh diceburi usahawan bumiputera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penerokaan aktif dalam industri berkenaan boleh membangunkan usahawan dan modal insan hingga ke taraf dunia.
"Industri canggih tahap tinggi seperti aeroangkasa, maritim dan rel sudah pasti memberi impak nilai tinggi dan menjana pendapatan tinggi.
"Saya melihat sektor ini memainkan peranan penting di bawah transformasi Mara, sekali gus menawarkan peluang serta rantaian nilai keusahawanan yang memberi impak tinggi kepada pembangunan negara," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Subsidiari Mara 2015 di sini, malam tadi.
Majlis itu dianjurkan buat julung kalinya bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan kakitangan subsidiari Mara di seluruh Malaysia.
Pada majlis itu, Ismail Sabri dan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa menyampaikan anugerah kepada 364 kakitangan daripada 17 subsidiari Mara di seluruh Malaysia termasuk Giat Mara, UniKL, Maraliner dan AAT & M-aerotech.
Ismail Sabri juga mengingatkan kakitangan subsidiari Mara agar menjaga integriti mereka dan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa Mara telah berjaya melahirkan sejuta usahawan bumiputera dan 1.2 juta pelajar di bawah program pendidikannya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#usahawan bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan