Majlis Amanah Rakyat (Mara) sentiasa memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya di luar bandar, diberi keutamaan mendapatkan pendidikan menengah terbaik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf berkata walaupun kaedah permohonan pelajar ke MRSM menggunakan sistem dalam talian, pihak Mara sentiasa membantu proses permohonan dan pengambilan pelajar dari luar bandar dan pedalaman.
Beliau berkata daripada keseluruhan 37,752 pelajar MRSM sedia ada, seramai 23,628 orang atau 63 peratus adalah pelajar luar bandar manakala pelajar dari bandar berjumlah 14,124 orang atau 37 peratus.
"Jumlah pelajar MRSM daripada kalangan B40 adalah 20,011 orang manakala pelajar daripada golongan M40 pula adalah 12,725 orang," katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan MRSM tidak mengutamakan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar serta lari daripada matlamat penubuhan asalnya, adalah tidak tepat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017
Jumlah pelajar MRSM daripada kalangan B40 adalah 20,011 orang manakala pelajar daripada golongan M40 pula adalah 12,725 orang.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Niaga AWANI: FOMC Mei 2024 bermula esok, apakah jangkaan keputusan The Fed?
Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya iaitu pada 1 Mei ini. Adakah ini akan menepati jangkaan pasaran? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.
Pascabanjir: 1,000 petugas, sukarelawan Mara turun padang bantu mangsa terjejas
Bantuan yang dihulurkan seperti baik pulih rumah, membersihkan rumah penduduk terkesan dan memeriksa, serta membaiki peralatan elektrik.
Kes buli MRSM Kuala Kangsar: 10 pelajar ditamatkan pengajian - KP Mara
Mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.
MARA utamakan pelajar B40, M40 luar bandar masuki MRSM
Walaupun kaedah permohonan pelajar ke MRSM menggunakan sistem dalam talian, pihak Mara sentiasa membantu proses permohonan dan pengambilan pelajar dari luar bandar dan pedalaman.