awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita

Radhi Muslim
Radhi Muslim
16/07/2022
04:10 MYT
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Video tular di media sosial berdurasi 30 saat menunjukkan sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain yang diparkir.
SANDAKAN: Kerana tidak puas hati diputuskan hubungan pertunangan, seorang lelaki merempuh kenderaan bekas tunangnya dalam satu kejadian di Bandar Indah, Batu Empat, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain yang diparkir.
Menurutnya, susulan itu, mangsa wanita, 20-an yang juga pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi tampil membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Bandar Sandakan.
"Hasil siasatan, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Bandar Indah.
"Suspek lelaki, 20-an, pada masa kejadian memandu kenderaan jenis Perodua Viva, yang juga merupakan bekas tunang kepada mangsa didapati dengan sengaja melanggar kenderaan suspek yang parkir di tempat letak kenderaan.
"Pada masa kejadian, mangsa tidak berada dalam kenderaannya." katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bertindak atas laporan, polis berjaya menahan suspek pada jam 11.15 malam, hari yang sama.
"Siasatan lanjut mendapati, motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan perhubungan pertunangan mereka yang putus.
"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan. Kes disiasat dibawah Sek 427 Kanun Keseksaan, " katanya.
Topic Berkaitan
#amuk
#langgar
#kereta
#putus tunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan