KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) giat menjalankan penyelidikan penanaman bawang bagi membantu meningkatkan pengeluaran, sekaligus diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bawang merah import yang tinggi.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini sempena Show Tech MARDI 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Jelas beliau, pencapaian tersebut adalah hasil daripada kajian pengadaptasian dan penilaian oleh MARDI, melibatkan pengumpulan bahan genetik dari pasaran tempatan, syarikat biji benih dan agensi penyelidikan antarabangsa serta koleksi benih sedia ada hasil kajian terdahulu.
“Secara umumnya, MARDI telah menjalankan beberapa kajian berkaitan bawang bermula tahun 1970-an antaranya melibatkan kajian varieti bawang pada tahun 1974; kajian potensi bawang besar di tanah alluvium atau tanah bris (1993); kajian keperluan nutrien bawang merah di tanah bris (1994) dan kajian bawang merah di tanah gambut (1998).
“Strategi kajian yang telah dijalankan melibatkan pembangunan teknologi pengeluaran bawang merah ke arah peningkatan produktiviti, adaptasi tanaman di tanah rendah, pengurangan masalah perosak, penyakit dan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran.
“Ia juga melibatkan pengenalpastian dan pengadaptasian varieti bawang yang tahan panas, sesuai dengan cuaca atau agroiklim Malaysia serta meningkatkan kecekapan pengeluaran biji benih dan bawang tempatan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata tiga varieti bawang merah yang dilancarkan pada 25 Ogos lalu berpotensi membuahkan hasil yang tinggi, di samping mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri.
"Varieti BAW-1 sebagai contohnya mempunyai saiz antara 25 hingga 35 milimeter (mm), beradaptasi di tanah mineral dan tanah bris, berwarna merah terang berbanding BAW-2 yang berwarna merah muda dan mempunyai saiz sederhana 28 hingga 32mm serta beradaptasi di tanah mineral dan gambut.
“Manakala, BAW-3 berwarna merah muda, mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu antara 18 hingga 25mm serta beradaptasi di tanah bris, tanah mineral dan tanah gambut,” tambahnya.
Jelas Mohamad Zabawi lagi, bawang-bawang berkenaan boleh mula dituai dalam tempoh 60 hingga 75 hari selepas penanaman bagi memastikan ia dalam kualiti yang baik, bersaiz sempurna dan bebas penyakit.
Selepas dituai, katanya bebawang akan melalui proses pengeringan menggunakan kaedah semulajadi iaitu pengeringan terus di bawah cahaya matahari atau menggunakan rumah pengeringan.
"Proses berkenaan dilakukan dengan suhu sekitar 30 hingga 32 darjah Celsius, serta kelembapan relatif antara 65 hingga 70 peratus, selama tiga hingga tujuh hari.
"Kemudian, bawang merah diikat secara rumpun atau bunjut dan boleh terus dipasarkan.
"Bawang merah boleh disimpan dalam bilik penyimpanan pada suhu persekitaran dan tempoh hayat penyimpanan bawang merah antara tiga hingga lima blan dengan pengekalan kualiti baik dan diterima pasaran," ujarnya.
Data Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilh Malaysia (2018-2022) menunjukkan Malaysia mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62 peratus, diikuti Natherlands (15 peratus), China (sembilan peratus), Pakistan (lapan peratus), Thailand (dua peratus), Egypt (dua peratus) dan lain-lain negara (dua peratus).
Menurut data tersebut, jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta), peningkatan sebanyak sembilan peratus dari RM 1,477.6 juta pada 2021.
Astro Awani
Wed Sep 27 2023

Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 dilancarkan baru-baru ini sempena Show Tech MARDI 2023 yang disempurnakan Mohamad - Gambar MARDI

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.

Penyelidikan MARDI mampu kurangkan kebergantungan import bawang negara
MARDI sedang giat mengkomersialkan pengeluaran benih dan bahan tanaman utama bawang merah dalam usaha meluaskan tanaman tersebut di dalam negara.

Makanan ternakan penting bagi kemampanan industri ternakan global - MARDI
Ternakan menyumbang 40 peratus daripada nilai global pengeluaran pertanian dan menyokong mata pencarian, keselamatan makanan serta pemakanan.

MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import
Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini

Show-tech MARDI 2023 dapat sambutan luar biasa, jualan tunai RM2.7 juta
Penganjuran Show-tech MARDI 2023 berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung, dengan anggaran jualan tunai yang dicatatkan mencecah RM2.7 juta.

Kerajaan perlu bantu ubah persepsi santan kelapa - MARDI
Azman berkata, kajian membuktikan santan kelapa amat baik kerana mengandungi MCT yang turut berada di dalam susu ibu.

Pameran Show-Tech tonjol hasil inovasi dan penyelidikan MARDI
Lebih 300 teknologi dan hasil inovasi MARDI bakal menjadi tarikan utama Showcase Technology MARDI 2023 (Show-Tech) yang akan berlangsung di MAEPS di sini selama tiga hari bermula 25 Ogos depan.

MARDI, Maybank jalin kerjasama pacu pertanian bandar
(MARDI dan Maybank menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk memacu inovasi dan pembangunan mampan dalam sektor pertanian bandar.

MARDI fokus kesedaran biodiversiti, perkasa keselamatan makanan
Mohamad Zabawi berkata sebagai simbolik Hari Biodiversiti, MARDI turut melancarkan varieti baharu periuk kera iaitu spesis Nepenthes rafflesiana var. zabawiana.

MARDI lancar Kit Book MYSavefood Ramadan
Ia bagi melaksanakan program MYSavefood di bazar Ramadan dengan lebih sistematik mengikut SOP yang telah ditetapkan.

MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.