Aktivis sosial dan penulis, Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Terbuka Wawasan (WoU).

Beliau menerimanya sempena majlis konvokesyen kelima universiti tersebut di George Town hari ini yang disampaikan Canselornya Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dengan turut disaksikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selaku Pro Canselor dan Naib Canselor Prof Datuk Dr Ho Sinn Chye.

Anugerah turut diberikan kepada Rektor Universiti Terbuka, Indonesia, Prof Tian Belawati.

Dalam ucapan penghargaannya, Marina menyifatkan ia sebagai penghargaan kepada beliau dan Tian yang merupakan penerima wanita pertama daripada universiti tersebut.

Cukup membanggakan apabila WoU mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang mereka, katanya.