awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan

Bernama
Bernama
27/04/2023
04:58 MYT
Maritim Malaysia bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan
Mangsa dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dan dibawa ke Jeti Jabatan Laut, Port Dickson pada pukul 10 malam dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto ihsan APMM
SEREMBAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan melakukan pemindahan perubatan bagi membantu seorang penumpang kapal persiaran yang mengalami strok mendapatkan rawatan di hospital.
Pengarahnya Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata maklumat Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru memaklumkan wanita warga Indonesia, Hon Siu Fung, penumpang kapal Spectrum Of The Seas mengalami strok semasa kapal dalam pelayaran ke Singapura dari Pulau Pinang.
"Bot Petir 91 yang sedang membuat rondaan rutin di kawasan sekitar telah diatur gerak ke lokasi kapal lebih kurang 3.8 batu nautika barat daya Port Dickson. Setiba di lokasi, mangsa berada dalam keadaan lemah dan perlu dibawa ke hospital dengan kadar yang segera.
"Mangsa berusia 66 tahun dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dan dibawa ke Jeti Jabatan Laut, Port Dickson pada pukul 10 malam dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Iskandar berkata selain tugas berkaitan penguatkuasaan undang-undang di laut, APMM turut membantu masyarakat atau komuniti maritim membuat penerbangan atau pelayaran ihsan bagi kes kecemasan di laut dan pemindahan perubatan.
Sebarang kecemasan di laut, sila laporkan segera ke Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 yang beroperasi 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#kapal persiaran
#strok
#pemindahan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan