MALAYSIA
Maritim Malaysia laksana 108 SAR hingga Mei

Maritim Malaysia telah melaksanakan 108 operasi SAR yang berjaya menyelamatkan 203 daripada 251 mangsa sehingga Mei. - Gambar/ Maritim Malaysia
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan 108 operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang berjaya menyelamatkan 203 daripada 251 mangsa bagi tempoh hingga Mei lepas.
Ringkasan AI
- Sehingga Mei 2025, Maritim Malaysia telah melaksanakan 108 operasi mencari dan menyelamat (SAR), menyelamatkan 203 daripada 251 mangsa, manakala 36 maut dan 12 masih hilang.
- Sepanjang tahun 2024, sebanyak 226 kes SAR direkodkan melibatkan 1,348 mangsa, dengan 1,259 berjaya diselamatkan, 64 maut dan 25 masih hilang.
- Maritim Malaysia memperkukuh kecekapan operasi melalui SOP Carilamat, kesiapsiagaan aset 24 jam, serta program kesedaran keselamatan maritim di seluruh negara.
"Daripada jumlah itu, 1,259 mangsa berjaya diselamatkan manakala 64 maut dan 25 masih hilang di laut," katanya dalam kenyataan hari ini yang dikeluarkan bersempena dengan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang disambut bermula pada 2021.
Bagi memperkasakan kecekapan operasi, Mohd Rosli berkata Maritim Malaysia telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) Carilamat tersendiri bagi menjamin kecekapan, kepantasan dan keselamatan setiap gerakan operasi menyelamat.
Beliau berkata tanggungjawab pasukan itu untuk mengetuai operasi SAR di perairan negara termasuk di laut lepas termaktub dalam Seksyen 6(a) dan 6(b) Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633), yang memberikan mandat jelas kepada Maritim Malaysia untuk mengetuai operasi SAR di negara ini.
"Mandat ini diperkuat dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 yang menamakan Maritim Malaysia sebagai agensi utama bencana maritim, berlandaskan National SAR Manual (Namsar) sebagai rujukan utama.
Mohd Rosli berkata tiada istilah "hari cuti" bagi pasukan Maritim Malaysia kerana sebarang isyarat kecemasan memerlukan tindakan segera tanpa mengira masa atau keadaan cuaca.
"Aset seperti bot peronda dan helikopter juga sentiasa berada dalam keadaan siap sedia 24 jam untuk diaturgerakkan," katanya.
Selain bertanggungjawab dalam operasi SAR, beliau berkata Maritim Malaysia turut melaksanakan program Pencegahan SAR secara berkala di semua negeri dan zon maritim bagi meningkatkan kesedaran keselamatan maritim.
"Taklimat komuniti, ceramah, pameran, pengedaran risalah, dialog bersama nelayan adalah sebahagian daripada pendekatan mendekati masyarakat maritim," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami