awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia patahkan cubaan seludup ganja bernilai RM45,000

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2023
03:27 MYT
Maritim Malaysia patahkan cubaan seludup ganja bernilai RM45,000
Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mematahkan cubaan seludup sembilan kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM45,000 malam tadi. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis mematahkan cubaan seludup sembilan kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM45,000 malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Kedah / Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Romli Mustafa berkata, rampasan itu dibuat berikutan pengesanan curiga oleh Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi yang mengesan pergerakan sebuah bot fiber masuk ke perairan negara dari sempadan Thailand dalam keadaan gelap pada kedudukan 2.9 batu nautika barat laut Pulau Dangli jam 10.25 malam.
“Maritim mengerakkan bot peronda yang sedang melakukan OP AMAN ke lokasi dan berjaya memintas bot fiber itu.
“Sebaik menyedari kehadiran bot peronda Maritim di lokasi, suspek bertindak membuang satu bungkusan guni ke laut dan menukar haluan untuk berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bungkusan guni mengandungi ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas dibuang ke laut oleh suspek.
Bungkusan guni mengandungi ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas dibuang ke laut oleh suspek.
Romli berkata, hasil pemeriksaan ke atas bungkusan guni yang dibuang itu mengandungi sembilan ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas dengan berat sembilan kilogram.
Katanya, hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat.
Kes disiasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang Persekutuan.
Topic Berkaitan
#seludup ganja
#Maritim Malaysia
#ketulan ganja mampat
#Pulau Dangli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan