awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan guna kru PATI

Aida Aziz
Aida Aziz
21/06/2020
01:45 MYT
Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan guna kru PATI
Bot yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Hutan Melintang di Lumut.
Pemeriksaan terhadap tiga bot nelayan tempatan yang melakukan kesalahan perikanan di perairan Hutan Melintang di sini, membongkar tindakan pemiliknya yang menggunakan kru pendatang asing tanpa izin (PATI).
Dalam kejadian pada jam 7.15 malam Jumaat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan bot itu di kedudukan 6.4 batu nautika Barat Daya Sungai Belukang kerana menangkap ikan bawah jarak 12 batu nautika.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata pasukannya kemudian mendapati terdapat 11 PATI terdiri daripada tiga warga Indonesia dan Myanmar (lapan) di dalam semua bot terbabit.
"Kesemua tahanan kemudian ditahan dan menjalani prosedur saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Pejabat Daerah Manjung sementara menunggu keputusan ujian itu.
"Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan kerjasama komuniti maritim menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat tentang aktiviti PATI.
Sharizan turut berterima kasih kepada pemberi maklumat dalam kalangan penduduk setempat sehingga berhasil menahan tiga buah bot tersebut.
Katanya, orang awam dan komuniti maritim perlu bekerjasama membanteras aktiviti jenayah dan boleh menyalurkan maklumat melalui talian 011-6251 1123 atau 05-6838737.
Topic Berkaitan
#awak-awak
#kru
#Maritim Malaysia
#nelayan
#pati
#pekerja asing
#Tahan
#tanpa dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan