awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Markas kaki judi di ladang kelapa sawit diserbu

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2013
06:17 MYT
Markas kaki judi di ladang kelapa sawit diserbu
Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian yang menjadikan ladang kelapa sawit sebagai markas bagi mengelak dari dikesan pihak berkuasa.
Hasil serbuan, seramai 13 kaki judi tegar berjaya dicekup, yang jelas terkejut dengan kehadiran penguatkuasa.
Ketika serbuan Polis Bahagian Maksiat D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen, IPK Selangor bertempat di taman perumahan Ijok Jaya, sejumlah 3 suspek berjaya meloloskan diri manakala selebihnya sedang leka berjudi.
Dalam serbuan pada awal pagi Rabu itu, sejumlah RM21 ribu wang pertaruhan turut dirampas.
Menurut Pegawai Turus D7 IPK Selangor, DSP Rohan Shah Ahmad, risikan mendapati kegiatan mereka sudah dikesan sejak sebulan lalu.
Ia terbongkar selepas pemantauan mendapati pergerakan keluar masuk banyak kereta mewah.
Siasatan lanjut mendapati tempat perjudian berkenaan hanya di dalam khemah yang dibekalkan generator dan ubat nyamuk.
Menawarkan nilai pertaruhan serendah 10 ringgit, ia dikatakan aktif sejak musim Tahun Baru Cina dan beroperasi pada jam 8 malam sehingga lewat pagi.
Suspek ditahan yang berusia diantara 28 hingga 61 tahun dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#D7 IPK Selangor
#DSP Rohan Shah Ahmad
#kaki judi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan