Satu sindiket perjudian dalam talian antarabangsa yang beroperasi di unit banglo, di sini, tumpas dalam serbuan polis petang semalam.
Sindiket didalangi warga China yang aktif beroperasi di tiga unit kediaman di kawasan perumahan Batu 14 itu dipercayai mengaut untung bulanan mencecah RM10 juta.
Operasi judi dalam talian (JOL) yang dilakukan Unit Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman berjaya memberkas 54 warga China termasuk empat wanita.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata ketika serbuan jam 3.30 petang, kesemua mereka sedang ligat memancing pelanggan.
Premis tiga tingkat yang dijadikan markas panggilan itu ditutup rapat dan dikawal menggunakan kamera litar tertutup CCTV.
Siasatan mendapati sindiket disyaki mengurus, menganjur dan mempromosikan aktiviti perjudian jenis Canada 28 dan Beijing 28 secara dalam talian.
Mereka mempromosikan permainan ini kepada pelanggan dari negara China melalui aplikasi WeChat.
Sindiket berusaha memujuk pelanggannya dengan mendakwa permainan terbabit senang dimainkan dan peluang untuk menang adalah tinggi.
Dalam mesej terbabit turut disertakan kod QR bagi pelanggan mencuba nasib.
"Sindiket yang berpusat di Malaysia ini menggunakan aplikasi WeChat untuk jemput atau beri tawaran kepada pelanggan di China.
"Keuntungan sindiket ini dianggarkan lebih kurang RM320,000 sehari. Bayangkanlah dah hampir tiga bulan berapa juta yang telah diraih sindiket perjudian ini," kata Huzir.
Katanya lagi, pihaknya akan bekerjasama dengan kedutaan dan bagi memastikan suspek diambil tindakan lanjut setelah selesai menjalani hukuman di sini.
"Kita perlu laksanakan dengan lebih keras lagi supaya mereka tidak menggunakan Malaysia sebagai hab untuk menganjurkan judi secara dalam talian kepada rakyat negara China di sama," kata Huzir.
Dalam serbuan itu, polis merampas 60 set komputer, 313 unit telefon bimbit, enam modem dan tujuh router.
Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 54 akan melalui proses saringan kesihatan sebelum ditahan di lokap.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a), (c) dan (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Astro Awani
Fri Apr 17 2020

Satu sindiket perjudian dalam talian antarabangsa yang beroperasi di unit banglo, di sini, tumpas dalam serbuan polis petang semalam. -Astro AWANI
![AWANI Borneo [15/04/2021] - PKPB lebih sesuai | Hanya ada tiga varian | Pertikai usaha Warisan AWANI Borneo [15/04/2021] - PKPB lebih sesuai | Hanya ada tiga varian | Pertikai usaha Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899972/23621876161618491537480_640x360.jpg)
AWANI Borneo [15/04/2021] - PKPB lebih sesuai | Hanya ada tiga varian | Pertikai usaha Warisan
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickson Nyambar membawakan tumpuan berikut: #AWANIBorneo 15 April 2021 - Lima daerah di Sarawak kekal dibawah PKPB. - 430 petugas KKM ke Sarawak 21 April depan. - Peningkatan kes di Sabah-Sarawak meresahkan...di mana silapnya?

Ribut: Penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang
Mangsa yang berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kesihatan Malaysia (KKM).

Rasuah Busters | Banteras rasuah dari peringkat akar umbi
Rasuah perlu dibanteras dari akar umbinya kerana ia sudah menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia. Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menjelaskan, rasuah bukan hanya mengambil atau memberi wang tetapi juga salah guna kuasa dan nepotisme yang berlaku dalam masyarakat negara ini.

Imam masjid terbesar ikrar untuk lindung kedamaian dan kestabilan Xinjiang
Imam Masjid Id Kah, masjid terbesar di Xinjiang, Memet Jume berikrar untuk terus melindungi kedamaian dan kestabilan wilayah autonomi itu. Berpengalaman sebagai imam selama 11 tahun dan Imam Besar Masjid Id Kah selama enam tahun, Jume pernah menyaksikan bapanya dibunuh pelampau pada Jun 2014.

Dialog Tiga Penjuru: Dilema Graduan - Ilmu tinggi, tiada kerja
Isu pengangguran, gaji rendah dan ketidaksepadanan kerja terus menghangat perdebatan graduan tiada kerja walaupun ada pencapaian akademik yang baik. Adakah anak muda memilih kerja atau peluang pekerjaan yang sebenarnya terhad? Di mana titik tengah kepada isu pekerjaan belia ini? Semuanya dalam #DialogTigaPenjuru.

Elektrik dari tenaga nuklear China catat peningkatan lima peratus
Laporan Pembangunan Janakuasa Elektrik Nuklear China mengumumkan, loji janakuasa nuklear negara itu menghasilkan elektrik melebihi 366 bilion kilowatt-jam pada 2020. Ia sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perikatan Nasional | Sedia terima siapa sahaja janji tiada syarat
Perikatan Nasional (PN) sedia menerima mana-mana individu asalkan tiada syarat dan mengikut perlembagaan parti.

VITAGEN Malaysia | 30 ribu botol VITAGEN serikan Ramadan 'Frontliner'
Sebanyak 30,000 botol VITAGEN disumbangkan kepada Hospital Selayang bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang banyak berkorban demi negara pada 1 Ramadan lalu.
![[INFOGRAFIK] SOP bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi kawasan PKPB & PKPP [INFOGRAFIK] SOP bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi kawasan PKPB & PKPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899954/8967789641618489526289_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] SOP bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi kawasan PKPB & PKPP

Isu Pukul | Halang orang berpuasa isu besar - Hamzah
Hamzah berkata polis tidak akan berkompromi dengan insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil kepada individu berkenaan.

Markas panggilan sindiket judi dalam talian di banglo Puchong tumpas
Sindiket didalangi warga China yang aktif beroperasi di tiga unit kediaman di kawasan perumahan Batu 14 itu dipercayai mengaut untung bulanan mencecah RM10 juta.