awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Martabatkan Bahasa Melayu di universiti - Awang Sariyan

Bernama
Bernama
15/11/2019
21:57 MYT
Martabatkan Bahasa Melayu di universiti - Awang Sariyan
Awang (kiri) menyampaikan hujahnya sambil disaksikan moderator Khairul Hafez Yunus@Hamid semasa Forum Bahasa Jiwa Bangsa bertajuk Perpaduan Bangsa Melalui Bahasa Kebangsaan di Perbadanan Putrajaya, 15 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
Universiti di negara ini perlu memartabatkan Bahasa Melayu dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin bahasa kebangsaan itu tidak terpinggir susulan perubahan zaman, kata Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia Prof Datuk Dr Awang Sariyan.
Beliau yang juga Penyandang Kursi Za'ba Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata Bahasa Melayu akan berhadapan cabaran besar jika universiti selaku gedung ilmu tidak menghargai peranan besar bahasa itu dalam memberi nilai ilmu kepada masyarakat.
Menurutnya, universiti kini terlalu mengejar kedudukan dan penarafan antarabangsa hingga menyaksikan Bahasa Inggeris mengambil tempat dalam penghasilan jurnal atau kajian ilmiah bagi dinilai pihak terbabit.
"Apabila universiti mula mengangkat Bahasa Inggeris sebagai bahasa akademik untuk tujuan dinilai, ia tanpa sedar telah merendahkan nilai Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sedangkan penarafan yang dikejar itu diberikan oleh syarikat yang berasaskan keuntungan," katanya ketika menjadi panel pada forum Bahasa Jiwa Bangsa di sini pada Jumaat.
Forum anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Putrajaya itu menampilkan tema 'Perpaduan Bangsa Melalui Bahasa Kebangsaan' diadakan sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Awang berkata walaupun universiti merupakan sektor yang paling ampuh untuk memartabatkan Bahasa Melayu namun kelebihan itu disia-siakan apabila pentadbirnya lebih mengutamakan Bahasa Inggeris, sekali gus mengurangkan minat serta keyakinan pelajar dan pensyarah untuk menjadikannya sebagai bahasa utama akademik.
"Pada saya itu tidak betul, Bahasa Melayu bukan masalah tetapi masalahnya kepada kita sendiri selaku pengguna sama ada yakin atau tidak untuk menggunakannya sebagai bahasa akademik di universiti," katanya.
Bekas Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Sarjit Singh Darshan Singh yang juga ahli panel forum itu berkata penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengejar kedudukan dan penarafan antarabangsa memberi kesan kepada keupayaan Bahasa Melayu.
"Mungkin itu antara inisiatif universiti bagi menarik lebih ramai pelajar asing tetapi pihak universiti juga perlu menunjukkan dengan jelas usaha untuk memajukan Bahasa Melayu, bukan sahaja kepada orang kita tetapi juga kepada pelajar antarabangsa.
Di sinilah wujudnya kelompangan yang perlu diberi perhatian khusus oleh pihak universiti dan Kementerian Pendidikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awang Sariyan
#bahasa akademik
#bahasa Inggeris
#bahasa kebangsaan
#Bahasa Melayu
#Kementerian Pendidikan
#nilai ilmu
#pelajar
#pendidikan
#perpaduan
#perubahan zaman
#Sarjit Singh Darshan Singh
#terpinggir
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan