awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS tawar pembatalan, penangguhan penerbangan melibatkan London

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2017
07:22 MYT
MAS tawar pembatalan, penangguhan penerbangan melibatkan London
Pelanggan yang ingin membatalkan penerbangan London boleh mendapatkan pemulangan wang. -Gambar fail
Malaysia Airlines (MAS) tidak akan mengenakan sebarang caj kepada mana-mana pelanggannya yang ingin membatalkan atau menunda penerbangan melibatkan London.
Ia dibuat susulan insiden serangan di ibu kota England pada malam Sabtu.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS memaklumkan ia hanya melibatkan penerbangan membabitkan London pada 3, 4 dan 5 Jun.
Pelanggan yang ingin membatalkan penerbangan akan mendapat bayaran balik sepenuhnya, manakala pelanggan yang ingin menukar jadual penerbangan terbabit tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan atau penalti.
Pelanggan diminta agar menghubungi nombor berikut atau mengunjungi mana-mana pejabat pemasaran untuk urusan pembatalan atau menangguhkan penerbangan: 1 300 88 3000 (dalam Malaysia); +603 7863 3000 (luar Malaysia).
MAS dalam pada itu melahirkan rasa dukacita atas tragedi yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang awam dan mencederakan 30 yang lain.
"Malaysia Airlines bersedih dengan insiden yang berlaku di London. Kami menghulurkan simpati kepada keluarga dan rakan mangsa tragedi berkenaan."
Topic Berkaitan
#Batal penerbangan
#London
#Malaysia Airlines
#pemulangan wang
#tangguh penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan