awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa untuk pembangkang terima hakikat Malaysia telah berjaya - Salleh

Bernama
Bernama
21/02/2018
02:25 MYT
Masa untuk pembangkang terima hakikat Malaysia telah berjaya - Salleh
Salleh berkata pembaharuan ekonomi tidak mudah dan tidak boleh dilakukan secara jangka pendek. - Gambar fail
Sudah tiba masanya pihak pembangkang menerima hakikat bahawa Malaysia telah berjaya dan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata pembangkang terus mengulangi pembohongan mengenai Malaysia yang kononnya bakal muflis tetapi laporan antarabangsa membuktikan ini tidak benar.
"Seringkali isu kejayaan ekonomi Malaysia dipolitikkan dan rakyat diberitahu sebaliknya daripada apa yang sebenarnya berlaku," katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my.
Salleh berkata masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian Malaysia dan dapat melihat negara sedang menuju ke arah yang betul.
Beliau menegaskan 43 anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) memuji Malaysia kerana pencapaian ekonomi yang mengagumkan serta dasar perdagangan dan ekonomi yang berhemat.
Menurut laporan, ketika menyertai Kajian Semula Dasar Perdagangan Malaysia ke-7 yang berlangsung di Switzerland baru-baru ini, anggota WTO turut memuji Malaysia kerana secara aktif meneruskan keterbukaan perdagangan menerusi reformasi unilateral, pengaturan perdagangan serantau dan dua hala serta penggubalan peraturan pelbagai hala.
"Anggota (WTO) turut mengakui kejayaan Malaysia dalam memperbaharui dan mempelbagaikan ekonominya telah menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan meskipun menghadapi pelbagai cabaran luar," kata Salleh.
Menteri itu berkata pembaharuan ekonomi tidak mudah dan tidak boleh dilakukan secara jangka pendek.
"Ia memerlukan ketahanan dan kadang-kadang, dasar yang tidak popular demi untuk mencapai matlamat jangka panjang, terutamanya apabila cuba membetulkan kerosakan yang berlaku pada masa lalu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kerajaan
#Malaysia
#pembaharuan
#pembangkang
#Pertubuhan Perdagangan Sedunia
#rakyat
#Salleh Said Keruak
#WTO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan