TAWAU: Bagi masyarakat Bugis di sini, sambutan Aidilfitri tidak lengkap tanpa hidangan burasak atau dipanggil buras, iaitu sejenis makanan yang berasaskan beras.
Meskipun dilihat seperti mudah dibuat, sebenarnya beras yang diadun bersama santan dan dibungkus dalam daun pisang muda itu memerlukan waktu yang lama untuk dimasak iaitu lebih tujuh jam.
Nurul Fazilah Baktiar, 20, yang mempelajari cara membuat makanan itu daripada neneknya sejak kecil lagi berkata buras wajib ada sebagai hidangan utama keluarga serta tetamu setiap kali meraikan hari raya.
"Buras sedap dimakan bersama masakan Bugis yang lain iaitu ayam masak palekko, ayam likku (lengkuas), selain ayam masak merah ... buras juga dilengkapi dengan masakan tumbuk (pulut)," kata pelajar Universiti Malaysia Sabah itu kepada Bernama.
Nurul Fazilah berkata keluarganya turut menerima tempahan membuat buras untuk Aidilfitri sejak 10 tahun lepas, dan bagi tahun ini lebih 2,000 ikat buras (satu ikat dua keping buras) ditempah orang ramai yang dijual pada harga RM1.50 seikat.
Menceritakan proses pembuatan masakan tradisi masyarakat Bugis itu, Nurul Fazilah berkata santan kelapa dimasak sehingga pecah minyak, kemudian diadun bersama beras yang sudah dicuci sehingga santan kering, sebelum diletakkan pada daun pisang muda yang dibungkus empat lapisan berbentuk segi empat tepat dan diikat dengan tali.
"Selepas itu, barulah buras direbus selama lebih tujuh jam menggunakan dapur kayu dengan api perlu sentiasa dikawal dan air mencukupi ... proses yang banyak ini menjadikan pembuatan buras agak rumit.
"Bagaimanapun, buras yang dimasak begitu lama menggunakan dapur kayu menjadikan makanan berkenaan beraroma wangi, enak dan berlemak serta teksturnya lebih lembut. Malah, ia juga tahan lama iaitu seminggu jika disimpan di dalam peti ais," katanya.
Dalam pada itu, Nurul Fazilah berharap perniagaan buras yang diusahakan bersama keluarganya itu dapat dikenali dan berkembang sehingga luar Tawau.
"Selain Aidilfitri, kami juga terima tempahan untuk Aidiladha dan menghantar buras ke pasar untuk dijual. Setakat ini, kami ada terima tempahan buras daripada penduduk Tawau yang ingin dibawa ke Semenanjung dan mereka juga mengakui buras saya memang tahan lama hingga seminggu," katanya.
Tahun ini, burasak merupakan antara 10 jenis hidangan makanan diwartakan sebagai makanan warisan negara dalam Pengisytiharan Objek Warisan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Buras wajib ada sebagai hidangan utama keluarga masyarakat berketurunan Bugis setiap kali meraikan hari raya. - Gambar hiasan/ FB Mamahreno Defan
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Kuota untuk jemaah Malaysia tunai haji tahun ini telah penuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan bahawa kuota 31,600 untuk untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini telah pun penuh.
AS tidak sokong operasi ketenteraan Israel di Rafah
Amerika Syarikat tidak melihat rancangan Israel untuk meletakkan operasi ketenteraan di Rafah adalah sebagai satu rancangan yang selamat dan komprehensif
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Capal dan tanjak jadi pilihan di Aidilfitri
Pemakaian busana tradisional sudah mula diamalkan Marina Ahmad sekeluarga sejak sembilan tahun lalu.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.