awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah air: KSU kementerian akui LRA Langat 2 sepatutnya dibina

Fareez Azman
Fareez Azman
19/10/2020
05:44 MYT
Masalah air: KSU kementerian akui LRA Langat 2 sepatutnya dibina
Usaha meningkatkan rizab air terawat di negeri Selangor sangat kritikal. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang mengakui tempoh penangguhan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum ini antara punca bekalan air tidak dapat dibekalkan apabila pencemaran berlaku di Sungai Selangor.
Menurutnya, pembinaan LRA Langat 2 sepatutnya dibina lima tahun lalu dengan kapasiti 1,000 juta liter sehari (MLD) yang boleh membekalkan air kepada penduduk di Lembah Klang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
"Loji Rawatan Air Langat 2 baru 400 juta liter sehari (MLD) siap, sedangkan kapasiti 1,000 MLD. Kita ada 600 MLD untuk ditambah lagi di LRA Langat 2.
"Perancangan air ini mengambil masa 10 tahun ke depan. Sebab kita lambat bertindak, tertangguh lima tahun, sepatutnya kita buat benda (bina LRA Langat 2) ini dalam tahun 2015 lagi," katanya dalam sidang media pada Isnin.
Mei lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata menjelang Ogos LRA Langat 2 akan menambah sebanyak 325 MLD sekali gus dapat mengurangkan risiko gangguan bekalan air.
Ia juga dapat meningkatkan rizab air terawat di negeri Selangor dari tiga peratus kepada tujuh peratus.
Manakala Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar memberitahu projek LRA Langat 2 dijangka siap pada akhir 2023.
LRA Langat 2 mula dibina pada 2014 bagi memenuhi permintaan tinggi di Lembah Klang akibat pertumbuhan yang pesat serta mengelakkan krisis air menjelang 2020.
Projek bernilai RM8 bilion ini mampu membekalkan 1,130 MLD apabila siap sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#masalah air
#loji rawatan air
#LRA
#Air Langat
#Zaini Ujang
#Air Selangor
#Sungai Selangor
#pencemaran air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan