awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah air: RM8 bilion dipohon Kelantan adalah untuk pelan jangka panjang - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
22/06/2023
08:58 MYT
Masalah air: RM8 bilion dipohon Kelantan adalah untuk pelan jangka panjang - Mohd Amar
Mohd Amar menjelaskan, jumlah tersebut bukannya melebihi kapasiti sebaliknya jumlah RM8 bilion itu adalah pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan. - Foto fail/Bernama
KOTA BHARU: Jumlah RM8 bilion yang dipohon Kelantan untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu merupakan peruntukan keseluruhan yang diperlukan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menjelaskan, jumlah tersebut bukannya melebihi kapasiti sebaliknya jumlah RM8 bilion itu adalah untuk pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu.
“Bila kita minta RM8 bilion itu, Perdana Menteri minta tubuh jawatankuasa. Maka jawatankuasa bincang dan keperluan awal ialah RM1.7 bilion. Mereka cadangkan diluluskan lebih awal. Ini pemulaan.
"RM8 bilion itu bukan tahun ini sahaja tetapi pelan jangka panjang. Maka untuk keperluan segera adalah RM1.7 bilion dan PM luluskan. RM500 juta segera, yang berbaki belum ada keputusan.
“Tak benar lebih rendah, sebab pelan kita bukan untuk hari ini. Kalau ikut keperluan segera, kita perlukan RM4 hingga RM5 bilion, dahulu RM2 bilion, kos meningkat, ini pelan jangka panjang kita,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilaporkan berkata kos sebenar bagi mengatasi sebahagian besar masalah air di Kelantan jauh lebih rendah dari yang dipohon Kelantan iaitu RM8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut meluluskan dana RM1.7 bilion untuk menyelesaikan sebahagian masalah bekalan air di Kelantan dengan projek keutamaan membina loji rawatan air di Tok Bali dan menukar sebahagian paip lama di daerah Bachok dengan kos RM500 juta.
Mohd Amar sebelum ini menyatakan Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM8 bilion untuk menyelesaikan masalah air yang sekian lama dihadapi rakyat negeri itu.
Beliau menjelaskan, dana RM1.7 bilion yang diluluskan Kerajaan Perpaduan dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah air namun tidak mencukupi untuk penyelesaian jangka panjang masalah air di Kelantan.
Topic Berkaitan
#Masalah air Kelantan
#mohd amar abdullah
#loji rawatan air
#Nik Nazmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan