awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah di Selatan Filipina punca cubaan ceroboh di Lahad Datu

Aizat Sharif
Aizat Sharif
13/02/2013
14:28 MYT
Masalah di Selatan Filipina punca cubaan ceroboh di Lahad Datu
Masalah yang berlaku di Selatan Filipina dipercayai membawa kepada cubaan pencerobohan sekumpulan warga asing yang bersenjata dan menyamar sebagai anggota tentera di perairan Lahad Datu, Sabah pada pagi Selasa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Astro Awani semalam berkata pihak keselamatan yang mengawal kawasan tersebut telah mengambil tindakan dengan mengepung kawasan tersebut.
“Kumpulan tersebut telah diarahkan meletak senjata dan menyerah diri,” kata Ismail.
Beliau menambah, keadaan di kawasan tersebut adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang.
Sementara itu, sumber tentera mengatakan kumpulan warga asing yang berpakaian celoreng tentera dalam anggaran 100 orang itu dipercayai dari puak bersenjata Sulu tiba dari Pulau Tawi-Tawi di Selatan Filipina sebelum menyusup berlindung di sebuah surau di sebuah kampung di Lahad Datu.
Mereka dipercayai telah bertolak pada lewat malam Isnin.
Topic Berkaitan
#ceroboh
#Ketua Polis Negara
#menyamar
#sekumpulan warga asing
#selatan Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan