Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaskan permasalahan sosial dan jenayah termasuk kes penculikan remaja di bawah umur, seks bebas, pelacuran dan dadah boleh berlaku melalui pelbagai medium dan tidak semestinya berpunca daripada penggunaan aplikasi media sosial semata-mata.
Bagaimanapun, KKMM sentiasa mengambil tindakan berbentuk memberi kesedaran dan pendidikan bagi memupuk budaya penggunaan aplikasi media sosial dan media baharu secara bijaksana, yang dilihat dapat membantu di dalam usaha pembangunan rohaniah, pembangunan individu, serta pembangunan negara yang lebih positif, kata KKMM dalam satu jawapan bertulis di persidangan Dewan Negara hari ini.
KKMM menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang meminta kementerian menyatakan berapa banyak aplikasi sosial boleh membawa kepada masalah seperti penculikan remaja di bawah umur, seks bebas, pelacuran, serta penyalahgunaan dadah.
Sementara itu, KKMM menjelaskan sejumlah sembilan kes telah dihadapkan di mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di antara Jan 2016 hingga Mac tahun ini atas kesalahan salah guna internet atau perkhidmatan aplikasi sebagai platform bagi menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik.
Menurut KKMM, daripada jumlah itu, lima kes telah dijatuhi hukuman kerana penyebaran kandungan berunsur lucah dan jelik manakala empat kes masih dalam perbicaraan.
Kementerian itu turut menjelaskan kesalahan di internet dan media sosial tidak hanya termaktub di bawah bidang kuasa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semata-mata.
"Ia juga turut tertakluk di bawah bidang kuasa agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bank Negara Malaysia (BNM) dan sebagainya, mengikut bidang kuasa masing-masing," kata KKMM.
Kerjasama antara SKMM dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM juga telah sedia terjalin bagi membanteras sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial dan internet, termasuk meliputi aspek-aspek kerjasama pemantauan, pengesanan, perkongsian maklumat dan forensik digital, menurut KKMM.
"Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan dianggotai oleh pihak kementerian, PDRM, SKMM dan Jabatan Peguam Negara turut telah memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi kerjasama dan penyelarasan di antara agensi yang terbabit untuk membanteras penyalahgunaan media sosial dan media baharu," menurut kementerian itu.
Menyentuh mengenai langkah bersifat penguatkuasaan, kementerian itu berkata, SKMM telah menggerakkan inisiatif berbentuk kesedaran di seluruh negara, bagi tujuan mendidik dan menggalakkan masyarakat agar mengamalkan kawalan kendiri, menggunakan internet secara positif, serta memupuk budaya penggunaan media baharu secara bijaksana. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Kesalahan di internet dan media sosial tidak hanya termaktub di bawah bidang kuasa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia semata-mata. Gambar hiasan
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.