awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ada pergerakan tanah di Taman Wawasan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/12/2023
01:30 MYT
Masih ada pergerakan tanah di Taman Wawasan
Pihak berkuasa mengesan masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, pada 3.50 petang, pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mengesan masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, pada 3.50 petang, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan, terdapat simen depan pintu pagar beberapa rumah telah runtuh akibat pergerakan tanah itu.
"Sebanyak 46 cerucuk besi telah ditanam pada Ahad dan kerja-kerja mitigasi akan disambung pada awal pagi Isnin.
"Sebuah kereta jenis Honda City telah dikeluarkan menggunakan kren pada petang semalam," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, lapan individu daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (pps) telah keluar pada 9 malam, pada Ahad.
"Justeru itu, PPS berkenaan telah ditutup secara rasmi. Keadaan di kawasan kejadian tanah runtuh juga akan dipantau dari semasa ke semasa," ujarnya.
Pada Sabtu lalu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan Puchong digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di hadapan rumah mereka.
Susulan kejadian itu, mereka telah diarahkan berpindah ke PPS.
Kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan sepanjang 50 meter dan selebar 60 meter, dengan kedalaman tiga meter, berdasarkan taklimat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Taman Wawasan Puchong
#pergerakan tanah
#Jabatan Mineral dan Geosains Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan