PUTRAJAYA: Meskipun sudah lebih setahun negara berjuang memerangi wabak COVID-19, namun kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit ini masih belum dapat mengubah tingkah laku dan tindakan dalam menghadapi virus maut itu.
Ini dapat dilihat apabila masih ada yang tidak jujur dengan status kesihatan mereka yang terdedah atau menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 ketika hadir untuk menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD).
Perkara tersebut dikongsikan Pakar Perubatan Kecemasan dan Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan apabila tindakan tersebut telah membawa kesan buruk bukan sahaja kepada petugas kesihatan di ETD tetapi juga kepada orang lain yang menerima rawatan.
"Tidak jujur itu masih berlaku sehingga kini dan tidak tahu apa sebab mereka bertindak demikian. Bila seseorang tidak berkata benar, kita merekod mereka sebagai tidak bergejala dan tiada kontak, yang akan disalurkan ke satu tempat bersama-sama dengan pesakit lain yang tiada kaitan langsung dengan COVID-19.
"Ini mendedahkan virus itu kepada orang lain terutama golongan lanjut usia dan mereka yang berisiko hanya disebabkan sikap mendiamkan maklumat yang benar tersebut. Jadi...boleh nampakkan kesannya bagaimana?" katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan, Hospital Putrajaya terpaksa membuat pengasingan pesakit yang mempunyai masalah pernafasan bagi mengelakkan jangkitan silang.
Jelas Dr Khairul, sejak hospital itu beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19 April tahun ini, terdapat peningkatan antara 40 hingga 60 peratus kemasukan pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan kes positif COVID-19 di ETD.
Ada kes positif COVID-19 yang terpaksa kita rujuk ke Hospital Sungai Buloh atas keperluan untuk katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya.
Justeru, bagi mengurangkan kesesakan di ETD serta risiko jangkitan, operasi di ETD kini dalam percubaan dengan mengubah suai waktu kedatangan pesakit untuk memastikan pesakit tidak kritikal tidak datang serentak dengan pesakit kritikal.
"Sistem baharu ini sedang dalam tempoh percubaan bermula minggu ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya nanti kerana kami berpendapat ada ruang untuk mengawal pesakit daripada berkumpul di ETD dengan sistem rawatan waktu berperingkat bagi mengurangkan kesesakan.
"Kita masih dalam proses melihat sistem ini secara berperingkat dan berharap dengan kepakaran dan sumber tenaga yang ada akan dapat melaksanakan perkara ini untuk kebaikan pesakit supaya kehadiran mereka lebih terancang," katanya.
Dr Khairul mengakui emosi para petugas turut terjejas semenjak mengendalikan situasi COVID-19 di hospital namun tugas dan tanggungjawab yang dipikul masih dapat dilaksanakan dengan baik melalui kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi menangani stres.
Usaha ini sangat penting untuk memastikan bukan sahaja keadaan fizikal petugas dalam keadaan terbaik tetapi juga kesediaan mental dan emosi.
Justeru, Dr Khairul berharap masyarakat dapat memahami peranan petugas kesihatan dengan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat kesihatan seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, elak tempat sesak dan aktiviti perkumpulan yang dilihat sangat relevan dalam usaha membendung penularan wabak ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Petugas kesihatan lengkap berpakaian PPE siap sedia menjalankan tugas dan menerima pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya, 27 Mei, 2021. --fotoBERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.