awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
09/02/2025
03:40 MYT
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Onn Hafiz ketika meninjau kerja-kerja pembaikan dan naik taraf jalan di daerah Johor Bahru. - Foto Facebook/Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata kerajaan negeri dengan sokongan kerajaan Persekutuan akan terus komited untuk menyelesaikan isu berkenaan supaya jalan raya di Johor selamat dan selesa digunakan untuk rakyat.
"Semoga segala usaha yang dijalankan ini dapat memberi impak yang positif dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas yang selama ini menjadi cabaran besar kepada Bangsa Johor.
"Dengan perancangan teliti dan pelaksanaan yang efektif, diharap kita dapat menyelesaikan isu kesesakan ini dan seterusnya mewujudkan suasana yang lebih lancar dan teratur," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Onn Hafiz berkata beliau juga berkesempatan meninjau kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf beberapa jalan selain dibentangkan perkembangan dan status terkini projek yang telah dan sedang dijalankan di Johor Bahru.
Beliau berkata ia melibatkan projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (Fasa 3), iaitu dari persimpangan bertingkat Perling ke susur naik Lebuhraya Utara Selatan daripada empat lorong kepada enam lorong dengan kos sebanyak RM301.5 juta yang dijangka siap pada Jun 2028.
Projek kedua ialah menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (Fasa 2B), iaitu dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong dengan kos sebanyak RM78 juta dan dijangka siap pada Februari 2026.
Ketiga pula katanya, membabitkan projek naik taraf Jalan Persiaran Tanjung Langsat dari Jambatan Sungai Kim Kim ke pintu masuk Pelabuhan Tanjung Langsat dengan kos sebanyak RM14 juta dan dijangka siap pada April tahun ini untuk meningkatkan akses ke kawasan industri dan pelabuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan raya
#naik taraf
#onn hafiz ghazi
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan