Meskipun terdapat seruan untuk memboikot rangkaian makanan segera McDonald's yang dikatakan pro-Israel, ramai yang masih mengunjungi premis berkenaan.
Kebanyakan mereka berpandapat boikot tidak akan memberi sebarang kesan walaupun sebilangan lagi percaya ia telah membawa hasil.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota pada Jumaat mendapati masih banyak yang mengunjungi premis McDonald's.
Pekerja swasta Ravinya Racheal, 24, yang ditemui di premis McDonald's di KL Sentral berkata tindakan memboikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel memerlukan kerjasama semua pihak.
"Kalau saya berhenti makan di McDonald's adakah kedua-dua negara (Israel dan Palestin) akan berdamai. Saya tidak berniat jahat dan saya bersimpati terhadap apa yang berlaku di Gaza, tetapi situasi seperti ini perlu dikendalikan secara logik," katanya.
Seorang lagi pekerja swasta, Mohammad Hariff, 29, yang ditemui di premis McDonald's berhampiran kawasan Masjid Jamek berkata beliau sedih dengan apa yang berlaku di Gaza tetapi menganggap perbuatan memboikot tidak masuk akal malah hanya menyebabkan salah faham.
"Memboikot atau untuk menutup premis buat sementara adalah baik, tetapi kalau mahu menutup untuk selama-lamanya tidak masuk akal langsung. Premis makanan segera seperti ini merupakan tempat untuk pekerjanya mencari rezeki," katanya.
Pelajar institusi pengajian tinggi, Laila Azhan Ahmad Tajuddin, 27, berkata memboikot bertujuan menzahirkan perasaan protes terhadap kekejaman Israel.
"Namun tidak perlulah sehingga mahu menghancurkan kedai atau membawa makanan luar dan makan di dalam premis Mcdonald's dan mengutuk pekerjanya, semua itu tak perlu," katanya.
Namun seorang guru Muslim Muhmad, 27, menganggap boikot kali ini boleh memberikan impak besar kepada Israel.
"Ini menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu Palestin. Sekurang-kurangnya Israel tahu kita tidak bersetuju dengan tindakan ketenteraan rejim Zionis yang membunuh orang awam yang tidak berdosa di Gaza," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 08 2014
Kebanyakan mereka berpandapat boikot tidak akan memberi sebarang kesan - Gambar Fail
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.
Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
BJFood dijangka berdepan kemerosotan pendapatan susulan boikot, persaingan sengit - Penganalisis
Berjaya Food Bhd (BJFood) dijangka menyaksikan penguncupan pendapatan pada tahun kewangan 2025 berikutan pemulihan jualan yang lembap disebabkan boikot yang berpanjangan dan persaingan sengit daripada
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.
Ultras boikot Pestabola Merdeka
KEJOHANAN Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 4 September ini mendapat tamparan apabila beberapa ultras negeri bertindak memboikot kejohanan edisi ke-43 itu.
X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.
Pengundi India tidak boikot, survei tular hanya perang psikologi - Kumaresan
ADUN Batu Uban itu berkata ia hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pembangkang bagi menakutkan pengundi minoriti itu.
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.