awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ramai suri rumah belum daftar SKSSR

Bernama
Bernama
08/11/2023
21:00 MYT
Masih ramai suri rumah belum daftar SKSSR
V. Sivakumar (kiri) melawat reruai pameran pada Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Mydin Mall. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Masih ramai wanita yang tidak mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meskipun ia memberi pelbagai manfaat termasuk perlindungan apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata sebanyak 197,000 orang sudah mendaftar setakat Oktober, namun daripada jumlah itu 166,000 didaftarkan berdasarkan pangkalan data e-Kasih.
"Bakinya mendaftar secara sukarela. Pada tahun ini kerajaan beri peruntukan RM20 juta dan dalam Belanjawan 2024 kerajaan mengumumkan peruntukan SKSSR berjumlah RM50 juta.
"Melalui tajaan kerajaan ini kita boleh memberi liputan dalam lingkungan 400,000 pencarum baharu," katanya kepada pemberita selepas hadir Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, Sivakumar berkata SKSSR tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan sahaja.
"Tak boleh bergantung kepada tajaan kerajaan sahaja, sesiapa sahaja boleh bayar kepada suri rumah seperti suami dan anak-anak, malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh buat program bersama Perkeso untuk promosikan SKSSR serta dapatkan tajaan untuk skim ini," katanya.
SKSSR diperkenalkan bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman RM120 setahun secara 'in advance' bagi menerima perlindungan sewajarnya.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Suri Rumah
#belum daftar SKSSR
#Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan