KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membuat ramalan cuaca pada tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bulan depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Arip, berkata corak cuaca tidak boleh ditentukan pada masa ini kerana negara masih berada di Fasa Peralihan Monsun yang bermula 3 Okt lepas hingga bulan depan.
"Ada 10 hari lagi sebelum penamaan calon pada 5 Nov ini dan agak sukar untuk kita (MetMalaysia) ramalkan sama ada cuaca baik atau buruk pada masa itu.
"Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan maklumat cuaca dalam tempoh empat atau lima hari sebelum itu," katanya dalam segmen 'Ketidaktentuan Cuaca dan Kesan' program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Okt lepas menetapkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon, 15 Nov sebagai tarikh pengundian awal dan 19 Nov sebagai tarikh pengundian.
Mohd Hisham berkata Malaysia dijangka tidak mengalami cuaca luar biasa dalam fasa peralihan monsun dan taburan hujan masih berada di paras normal di kebanyakan negeri setakat bulan ini.
Beliau berkata keadaan cuaca fasa peralihan monsun kebiasaannya bersifat sekejap dengan cuaca cerah di sebelah pagi manakala lebih banyak ribut petir pada sebelah petang.
Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat cuaca yang disebarkan oleh netizen dan sebaliknya hanya merujuk kepada MetMalaysia.
Katanya, ini kerana MetMalaysia mempunyai pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih dan tepat.
"Kebanyakan warga maya membuat rujukan kepada sumber yang didakwa boleh dipercayai tetapi maklumat diperoleh tidak lengkap, tidak dikemas kini secara berkala dan membuat ramalan cuaca yang terlalu jauh ke hadapan sesuatu tarikh, justeru agak mengelirukan.
"Oleh itu, saya minta supaya warga netizen berhenti daripada menyebarkan maklumat cuaca kurang tepat yang berupaya mencetuskan keadaan panik dalam kalangan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Keadaan cuaca fasa peralihan monsun kebiasaannya bersifat sekejap dengan cuaca cerah di sebelah pagi manakala lebih banyak ribut petir pada sebelah petang. - Gambar hiasan
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.