KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Sebaliknya beliau menegaskan, data merekodkan pengeluaran barang bersubsidi seperti gula dan minyak masak pada 2023 lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.
“Pada 2022 pengeluaran gula ialah 437,290 metrik tan manakala pengedaran pula 430,713 metrik tan secara keseluruhan. Pada 2023, pengeluaran 489,451 metrik tan pengedaran 471,241 metrik tan.
“Ini bermaksud pengeluaran barang bersubsidi lebih pada tahun 2023 berbanding 2022, tidak benar sebelum PRU-15 (pengeluaran lebih baik).
“Pengeluaran minyak masak paket subsidi pada tahun 2022 secara purata 55,000 metrik tan secara bulanan manakala pada 2023 maksimum 60,000 metrik tan lebih banyak berbanding 2022,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN - Masjid Tanah) yang mendakwa bekalan barangan asas berkurangan selepas PRU-15.
Sementara itu, Fuziah turut menafikan pemberian subsidi tepung gandum bernilai RM40 juta ditamatkan, sebaliknya dialihkan ke butiran perbelanjaan program Payung Rahmah membabitkan dana keseluruhan RM200 juta.
"Pada Bajet 2023 ada butiran 040600 iaitu subsidi tepung gandum kegunaan am (bernilai) RM40 juta, manakala Bajet 2024, butiran ini tiada dan ditanya dalam dewan, sebelum ini.
“Sudah beberapa tahun ia tak pernah dituntut kerana tiada kilang mahu menghasilkan tepung gandum kegunaan am, selain rakyat pun tak pernah minta. Yang keluar tepung pelbagai cap," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 25 2024
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
"EU beri layanan tidak adil kepada AS" - Trump
Donald Trump menzahirkan rasa kesal atas ketidakadilan dari segi layanan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Amerika Syarikat.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Donald Trump umum akan bertemu Putin dalam masa terdekat
Jelas Trump, pertemuan itu bagi menamatkan perang hampir tiga tahun dengan Ukraine yang disifatkannya sebagai peristiwa kehilangan nyawa yang besar.
Trump mahu atasi inflasi, kurangkan cukai
Trump menyatakan komitmennya untuk menangani isu inflasi dan imigrasi haram sambil meningkatkan pengeluaran bahan api fosil di negaranya.
Trump zahir hasrat turun harga minyak global
Pada masa sama Trump menzahirkan hasrat beliau untuk menurunkan harga minyak global.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Iran berharap perjanjian nuklear baharu di bawah Trump 2.0
Iran menyuarakan harapan pada Rabu untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Hakim halang perintah eksekutif Trump tamatkan kewarganegaraan kelahiran automatik
Hakim John Coughenour menyifatkan, perintah eksekutif tersebut sebagai "jelas tidak berperlembagaan."
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.
Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.