BATU PAHAT: Masjid Kampung Simis dekat Sri Medan di sini, musnah 50 peratus dalam kebakaran pada tengah malam Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hafiz Othman berkata, seramai tiga anggota bersama jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.59 malam.

"Bagaimanapun, kebakaran melibatkan 50 peratus masjid berkeluasan 80x80 persegi itu telah dipadamkan oleh orang awam.

"Kebakaran turut memusnahkan empat unit penyaman udara, dua kipas dinding, mimbar khutbah dan permaidani masjid," katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Sinar Harian