awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli

Bernama
Bernama
29/04/2024
23:00 MYT
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Pang Sock Tao beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir pada program ramah mesra bersama orang asli Kampung Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Baharu, 29 Apr 2024. -- fotoBERNAMA
HULU SELANGOR: Masyarakat Orang Asli adalah kawan kepada Barisan Nasional (BN), sekali gus perlu menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ahli Parlimen Cameron Highlands dari BN Datuk Seri Ramli Mohd Noor berkata seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
"Orang Asli di DUN Kuala Kubu Baharu kena undi, pangkah PH. Tuan puan tahu kenapa? Sebab sekarang BN dengan PH adalah kawan. Kita tak mahu tikam kawan. PH membantu kita (BN) menang di (PRK DUN) Pelangai.
"Seperti mana Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pernah bercakap, setiakawan itu adalah kena sokong menyokong dan kena pastikan kestabilan politik.
"Jadi saya berharap suku kaum Temuan di DUN KKB ini jangan sesekali lupa dan pastikan kesetiaan itu ada dengan memangkah calon PH," katanya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata demikian pada sesi ramah mesra bersama Orang Asli Kampung Tun Razak yang turut dihadiri oleh Pang di sini semalam.
DUN KKB memiliki tujuh perkampungan Orang Asli dengan jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 1,279.
Pada PRK berkenaan, Pang yang mewakili Kerajaan Perpaduan ditentang oleh tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Orang Asli
#Ramli Mohd Noor
#Pang Sock Tao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan