TUMPAT: Minat mendalam terhadap seni bina kayu mendorong Mohd Arpi Arifin, 45, mendirikan sebuah masjid di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, di sini, yang mengangkat keindahan serta keunikan seni bina Istana Balai Besar dan rumah Melayu Kelantan.
Pengalaman berkhidmat di Istana Balai Besar selama lima tahun telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membina masjid kayu bercirikan seni bina asli negeri Cik Siti Wan Kembang untuk kegunaan masyarakat setempat.
"Masjid sangat penting dalam kehidupan umat Islam, selain sebagai tempat beribadah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk.
"Jadi saya berharap dengan adanya Masjid Iktikaf Ibadul Rahman ini, ukhuwah penduduk setempat semakin kukuh dan pada masa sama dapat mengekalkan seni bina Melayu yang menjadi warisan kita," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di sini, hari ini.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Bercerita lanjut, bapa kepada lima orang anak berusia 17 hingga empat tahun itu berkata, pemilihan nama masjid itu adalah melalui al-Quran dalam Surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74 iaitu 'Ibad' bererti hamba dan 'Ar-Rahman' bermaksud Allah Maha Penyayang.
"Saya harap segala aktiviti di masjid ini mencerminkan pembinaan peribadi jiwa yang halus dan penyayang seiring dengan namanya, sekali gus dapat memberi kesan positif kepada keluarga, masyarakat dan negara," katanya.
Mengenai pembinaan masjid tersebut, Mohd Arpi berkata, beliau telah mendapatkan khidmat seorang tukang kayu tempatan untuk merealisasikan pembinaan masjid impiannya yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun.
Masjid itu dibina menggunakan 80 peratus kayu jenis seraya kitam dan seraya merah, manakala 20 peratus lagi kayu cengal dan merbau yang diperoleh daripada pembekal di Kelantan dan Terengganu.
Katanya pemilihan kayu sangat penting dan hanya kayu yang matang sahaja dikeringkan secara semula jadi untuk memastikan kualiti masjid yang dibina terjamin dan dapat kekal lama.
"Saya kumpul semua kayu ini sejak 2018. Alhamdulillah ia hanya mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya," katanya, menambah masjid itu mula beroperasi pada awal tahun ini.
Mohd Arpi berkata, antara nilai estetika seni bina dan ukiran kayu Melayu Kelantan yang dikekalkan menerusi pembinaan masjid bertiang tinggi itu adalah seperti pemeleh, tebar layar, ekor itik, tunjuk langit dan dinding janda berhias.
"Nilai-nilai estetika ini menjadi karakter kuat dalam seni bina rumah tradisional di Kelantan yang dapat dilihat di rumah-rumah lama seperti sisip angin bagi memudahkan pengudaraan dan hiasan pada bumbung terutamanya ekor itik.
"Tidak mudah untuk menghasilkan seni bina tradisional ini dan hanya tukang tertentu sahaja yang mempunyai kepakaran menghasilkannya," katanya yang membiayai sebahagian besar pembinaan masjid itu selain sumbangan individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri.
Menurut Mohd Arpi, masjid yang berkeluasan lebih 304 meter persegi itu, boleh memuatkan kira-kira 80 jemaah pada satu-satu masa dan dibahagikan kepada ruang solat termasuk untuk jemaah lelaki serta wanita, manakala bahagian beranda dijadikan tempat untuk mengadakan majlis atau jamuan.
Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui, Noor Sofea Qistina Abdul Rahman, 31, berkata, beliau tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi masjid berkenaan selepas melihat ia tular di media sosial.
Katanya, pembinaan masjid berkenaan sangat unik dengan kehalusan seni ukiran kayu, sekali gus dapat memelihara seni bina tradisional negeri Kelantan untuk tatapan generasi akan datang memandangkan ia semakin pupus ditelan zaman.
"Ketika berada di masjid ini, seakan memberi satu perasaan seperti berada di sebuah rumah kampung pada zaman dahulu kala. Sangat selesa dan memberi ketenangan untuk beribadah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di Kampung Belukar, Wakaf Bharu dibina dengan keaslian senibina negeri Cik Siti Wan Kembang termasuk ciri-ciri seni bina Istana Balai Besar. - Gambar BERNAMA
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di Tumpat inspirasi dari Istana Balai Besar
Masjid Iktikaf Ibadul Rahman menggunakan 80 peratus kayu seraya kitam dan seraya merah, manakala 20 peratus lagi kayu cengal dan merbau.