awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid Putra mohon maaf isu video tular layanan jemaah 'VIP'

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2021
05:49 MYT
Masjid Putra mohon maaf isu video tular layanan jemaah 'VIP'
Masjid Putra menjelaskan pihaknya telah menetapkan kapasiti jemaah seramai 300 orang bagi mematuhi peraturan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak Masjid Putra Putrajaya memohon maaf sekiranya wujud sebarang kekhilafan dipihaknya berhubung isu video tular yang kononnya pihaknya memberikan layanan berbeza kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Masjid Putra menjelaskan pihaknya telah menetapkan kapasiti jemaah seramai 300 orang bagi mematuhi peraturan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
"Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu kehadiran mereka.
"Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid," katanya.
SOP Kapasiti | Majis Putra mohon maaf layanan berbeza jemaah
Menurut kenyataan itu lagi, setiap minggu Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan dengan ada yang menunggu sejak jam 11.00 pagi lagi untuk menunaikan solat Jumaat.
Tambahnya lagi pihak pentadbiran masjid akan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.
"Kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan. Sebarang cadangan dan maklumbalas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra," katanya lagi.
Sebelum ini tular video memaparkan seorang kenamaan (VIP) yang baharu tiba kelihatan terus memasuki Masjid Putra ketika beberapa jemaah lain dilihat sedang menunggu giliran.
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#Putrajaya
#Masjid Putra
#jemaah VIP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan