Masjid Razaleigh yang bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf bagi bakal dijangka dibuka sebelum akhir tahun ini.
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerja-kerja akhir pembinaan masjid sejak tiga tahun lepas yang menelan belanja RM28 juta masih berjalan manakala bekalan elektrik mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.
"Masjid yang terletak di tapak Balai Polis lama di bandar lama, di sini, bila dibuka nanti ia akan menjadi mercu tanda baharu bagi mengantikan masjid lama kerana kerap tenggelami banjir.
"Masjid Razaleigh adalah yang termoden di negara ini dan belum ada dibina di tempat lain. Ia bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan belajar tawaf bagi bakal haji mengikuti kursus secara sebelum ke Makkah," katanya sambil menambah sebelum ini bakal jemaah haji mengikuti kursus haji secara biasa di Masjid Tengku Faiz Petra," katanya kepada pemberita selepas melawat masjid baharu itu, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata, masjid yang dibina pada 2016 itu turut dilengkapi dengan bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa," katanya.
Beliau turut mengakui masjid lama yang terletak tidak jauh dari situ dan ditepi Sungai Galas kerap ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh akhir tahun hingga banyak peralatan rosak dan perlu ditukar baharu.
Katanya, beliau sendiri mengeluarkan idea untuk membina masjid baharu termoden dan tercanggih itu supaya dapat memberi keselesaan bukan sahaja kepada jemaah daripada penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar.
Menurut beliau lagi, masjid yang berkeluasan 70,000 kaki persegi itu dibina daripada bahan berkualiti tinggi dan pemasangan jubin atas tapak seluas 1.5 hektar.
"Kita sentiasa pantau pembinaan masjid ini supaya ia dapat disiapkan ikut jadual dan mempunyai seni bina menarik seperti yang kita lihat Masjidil Haram di Makkah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2019
Masjid Razaleigh yang bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf bagi bakal dijangka dibuka sebelum akhir tahun ini. -Bernama
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.