Masuk percuma ke Muzium Negara hujung minggu ini

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat, terutamanya golongan muda dan keluarga, untuk mendekati sejarah Malaysia dan menghargai warisan negara. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Jabatan Muzium Malaysia menawarkan kemasukan percuma ke Muzium Negara kepada semua warganegara pada hujung minggu ini bersempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI serta sambutan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku.
Ringkasan AI
- Jabatan Muzium Malaysia menawarkan kemasukan percuma ke Muzium Negara pada hujung minggu ini bersempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
- Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat, terutamanya golongan muda dan keluarga, untuk mendekati sejarah Malaysia dan menghargai warisan negara.
- Menteri Perpaduan Negara menyatakan pemahaman sejarah penting dalam memupuk perpaduan, meningkatkan nilai kebangsaan, dan memperkukuh rasa kebersamaan rakyat Malaysia.
"Muzium Negara menempatkan empat galeri utama yang memaparkan keseluruhan perjalanan sejarah Malaysia merangkumi era prasejarah, kesultanan Melayu, penjajahan dan pembangunan negara moden.
"Pelawat boleh merujuk laman rasmi Muzium Negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai galeri dan pameran," menurut kenyataan itu.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan sama berkata pemahaman sejarah merupakan asas penting dalam memupuk perpaduan, memperkukuh nilai kebangsaan dan mempertingkat rasa kebersamaan rakyat Malaysia.
Beliau berkata usaha membuka akses percuma diharapkan memberi peluang lebih luas kepada masyarakat untuk kembali menyelami akar sejarah negara.
Muzium Negara boleh dikunjungi dari 9 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama tawaran kemasukan percuma ke Muzium Negara yang ditawarkan oleh Jabatan Muzium Malaysia? A: Tawaran kemasukan percuma ke Muzium Negara bertujuan untuk menggalakkan masyarakat, terutamanya golongan muda dan keluarga, untuk mendekati sejarah tanah air serta menghargai warisan yang membentuk identiti negara.
- Q: Apa sahaja galeri utama yang terdapat di Muzium Negara yang dipaparkan untuk keseluruhan perjalanan sejarah Malaysia? A: Muzium Negara mempunyai empat galeri utama yang memaparkan perjalanan sejarah Malaysia merangkumi era prasejarah, kesultanan Melayu, penjajahan, dan pembangunan negara moden.
- Q: Apa yang diharapkan oleh Menteri Perpaduan Negara dengan usaha membuka akses percuma ke Muzium Negara? A: Menteri Perpaduan Negara berharap usaha membuka akses percuma ke Muzium Negara akan memberi peluang lebih luas kepada masyarakat untuk kembali menyelami akar sejarah negara, serta memperkukuh nilai kebangsaan dan rasa kebersamaan rakyat Malaysia.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

