awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat digesa tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang - Shabery

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2015
10:34 MYT
Masyarakat digesa tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang - Shabery
AHMAD SHABERY: Kalau satu gerakan untuk membebaskan seorang yang sudah pun ditahan, maka perlu juga ada gerakan untuk membebaskan berapa ramai lagi banduan yang lain.
Masyarakat diminta membuat pertimbangan yang waras dan tidak terpengaruh dengan dakyah untuk mencemarkan sistem perundangan negara demi kepentingan politik individu tertentu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kempen ‘March to Freedom’ bertujuan memainkan emosi masyarakat untuk mendesak kerajaan membebaskan Anwar.
Menurutnya, tindakan untuk mengheret rakyat menyertai perhimpunan berkenaan mempunyai agenda untuk mencabar dan memperlekehkan sistem perundangan dan kehakiman di negara ini.
“Ianya telah melalui satu proses yang begitu mendalam sekali, untuk mendapatkan keputusan daripada pihak mahkamah.
“Ia telah dibicarakan selama enam tahun untuk menentukan seseorang itu bersalah atau pun tidak.
“Jadi kalau satu gerakan untuk membebaskan seorang yang sudah pun ditahan, maka perlu juga ada gerakan untuk membebaskan berapa ramai lagi banduan yang lain,” Ahmad Shabery berkata selepas merasmikan program Pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima di Kemaman.
Ahmad Shabery turut mempertikaikan pendirian Majlis Peguam Negara yang mempersoalkan keputusan berkenaan dan berkata perbuatan itu tidak bertepatan dengan sistem kehakiman negara.
Menurutnya, kempen yang dilancarkan anak kedua Anwar, Nurul Nuha, bertujuan memberikan implikasi negatif terhadap sistem kehakiman negara.
Kempen berkenaan diadakan sehari selepas Anwar dikekalkan hukuman penjara lima tahun selepas proses rayuan pada 10 Februari yang dikatakan langkah terdesak untuk membebaskan seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Anwar Ibrahim
#march to freedom
#Nurul Nuha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan