awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat jangan ambil mudah strok haba - Pakar kesihatan

Bernama
Bernama
07/04/2024
04:32 MYT
Masyarakat jangan ambil mudah strok haba - Pakar kesihatan
Jika berdepan dengan ancaman strok haba, ia boleh menyebabkan individu terlibat pengsan di peringkat awal, selain akan menyebabkan koma dan tidak sedarkan diri. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Masyarakat diminta sentiasa peka dan tidak mengambil mudah dengan risiko strok haba berikutan fenomena El-Nino yang sedang berlaku, memandangkan ia boleh membawa maut.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata masyarakat perlu cakna terutamanya ketika bulan Ramadan memandangkan masyarakat Islam berdepan dengan keadaan kekeringan dalam tempoh yang lama iaitu melebihi 10 jam kerana berpuasa.
Beliau berkata jika berdepan dengan ancaman strok haba ini, ia boleh menyebabkan individu terlibat pengsan di peringkat awal, selain akan menyebabkan koma dan tidak sedarkan diri terutamanya kepada golongan komorbid.
"Ada segelintir pihak yang masih memandang remeh dengan risiko strok haba ini dan beranggapan ia hanya keadaan biasa sedangkan ia boleh mengundang kepada kematian," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sementara itu, Pensyarah dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Rashidi Mohamed Pakri berkata sekiranya individu mempunyai gejala termasuk suhu badan melebihi 40 darjah Celcius, berkelakuan tidak normal, berpeluh, jantung berdebar-debar, berasa loya dan muntah-muntah segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Jika berada di tempat yang dingin, jangan terus ke lokasi yang bersuhu tinggi memandangkan ia akan mempengaruhi keupayaan badan untuk mengatur suhu, sekali gus berisiko mengundang kekejangan haba, kelesuan haba dan juga strok haba," katanya.
Jumaat lepas, Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan, menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#strok haba
#Fenomena El-Nino
#cuaca panas
#membawa maut
#Pakar Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan