awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee serah SPRM buat siasatan isu bekalan susu

Bernama
Bernama
19/11/2018
13:04 MYT
Maszlee serah SPRM buat siasatan isu bekalan susu
Maszlee menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat isu kehilangan bekalan susu di bawah PS1M. -Gambar fail
Menteri Pendidikan Maszlee Malik menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu kehilangan bekalan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M).
"Kita serah kepada SPRM untuk membuat apa-apa komen. Saya tidak mahu mengganggu sebarang siasatan," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dilapor mempersoal status PS1M apabila susu kotak di bawah program itu tidak diedarkan sejak Januari lepas walaupun mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 yang dibentangkan kerajaan terdahulu.
Dalam pada itu, Maszlee berkata pihaknya akan memastikan proses perolehan tender bekalan susu PS1M akan dilakukan secara tender terbuka pada masa akan datang.
"Tiada lagi runding terus dan kita akan pastikan tidak ada kilang santan yang akan diberikan kontrak untuk membekalkan susu," katanya.
Mengulas mengenai ketetapan kementeriannya mengenai kebenaran memasuki kawasan sekolah bagi Anggota Parlimen pembangkang, Maszlee berkata ia bagi mengelak penyebaran unsur politik kebencian kepada pelajar sekolah.
"Anggota Parlimen kerajaan, mereka datang untuk menerangkan dasar kerajaan tetapi apabila Anggota Parlimen pembangkang mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu, kami mahu memberikan mereka syarat dan prasyarat...kami tidak mahu ada yang menyebarkan perkara yang tidak benar dan kebencian di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2018
#Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
#Maszlee Malik
#NUTP
#Program Susu 1Malaysia
#proses perolehan
#PS1M
#SPRM
#susu kotak
#tender bekalan susu PS1M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan