KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan kes mat rempit di negeri ini meningkat 49 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober berbanding tahun lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tersebut remaja berusia 17 tahun ke bawah menyumbang jumlah yang paling ramai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tersebut.
"Setakat ini, seramai 61 remaja berusia 17 tahun ke bawah yang ditahan bersabit kes tersebut berbanding hanya 18 orang sahaja tahun lalu.
"Manakala 57 tangkapan melibatkan mat rempit berusia 18 hingga 39 tahun dan hanya empat tangkapan (40 tahun ke atas)," katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.
Pada majlis itu, seramai 50 orang melibatkan pegawai, anggota dan kakitangan awam menerima sijil penghargaan.
Menurut beliau, jumlah tersebut mencatatkan 114 peratus tangkapan berbanding tahun lalu hanya 65 peratus.
Katanya, kesemua yang ditahan itu menerusi pelbagai operasi yang dilakukan di seluruh negeri mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muhamad Zaki berkata, kes tersebut agak membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan.
"Antara langkah yang diambil bagi membanteras perkara tersebut ialah dengan memberi khidmat nasihat kepada golongan remaja melalui program khas di sekolah-sekolah.
“Ketua Polis Daerah, Pengarah dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) turut disarankan agar memantau perkara ini," katanya.
Beliau menasihati ibu bapa supaya memberi contoh yang terbaik kepada anak-anak mengenai keselamatan ketika menunggang motosikal seperti memakai topi keledar dan lesen memandu.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sebanyak 126,529 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti topi keledar (6,145 saman), nombor pendaftaran (2,263), lampu isyarat (2,014), ekzos (1,493) dan alat komunikasi (623).
Sinar Harian
Wed Nov 30 2022

Muhamad Zaki (kanan) memeriksa perbarisan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Polis kenal pasti 13 lokasi tumpuan samseng jalanan di Pulau Pinang
Polis akan menjalankan Ops Ambang Tahun Baharu 2023 bermula Jumaat hingga 1 Jan ini di seluruh negeri itu bagi mencegah kegiatan lumba haram dan jenayah.

Mat rempit di Kelantan meningkat 49 peratus
Remaja berusia 17 tahun ke bawah paling ramai terlibat dengan aktiviti itu.

50 remaja ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua mereka ditahan ketika sedang menunggu perlumbaan bermula.

Lumba haram: Kerajaan cadang kemuka pindaan Akta Pengangkutan Jalan Oktober ini
Antara cadangan pindaan ialah tindakan terhadap penonton lumba haram dan hukuman terhadap bengkel yang ubah suai motosikal bagi kegunaan kegiataan itu.

Polis tahan tiga mat rempit
Mereka ditahan sepasukan polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town awal pagi tadi.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk tangani isu lumba haram, mat rempit
Cadangan pindaan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.

Isu mat rempit: Penyelesaian kukuh perlu diambil
Mohideen berkata, kegiatan lumba haram telah lama berleluasa namun tiada sebarang penyelesaian kukuh diambil.

Lumba haram: Mat rempit tunjuk aksi 'superman', 50 motosikal disita
Sekumpulan mat rempit itu ditahan selepas didapati menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi tunggangan 'ala superman'.

'Sekolah wheelie' digempur, 81 saman dikeluarkan
Dalam operasi itu sebanyak 105 buah motosikal diperiksa dan kesalahan utama membabitkan tidak memakai topi keledar.

Lima 'Superman' ditahan
Kesemua penunggang motosikal terbabit ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi.