awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2023
04:47 MYT
Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan
Antara mat rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malan Sabtu. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Tujuh motosikal disita manakala 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, di sini pada Sabtu.
Operasi bermula jam 10 malam sehingga 6 pagi Ahad itu turut menahan mat rempit yang masih lengkap berbaju raya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi dilakukan oleh pasukan Task Force Barat Daya diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota.
Menurutnya, selain membendung samseng jalanan, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Anggota polis melakukan rondaan di sekitar kawasan Q1 dan Q2 Waterfront, Queensbay yang menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.
"Kita turut mengambil tindakan terhadap kenderaan yang menyalahi undang-undang terutama pengubahsuaian ekzos motosikal yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, tujuh motosikal disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelakkan kesalahan berulang.
Sementara itu, Kamarul Rizal turut menyeru orang ramai agar salurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat kegiatan samseng jalanan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian, 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mat rempit
#Op Samseng Jalanan
#George Town
#baju raya
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan