Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan United Kingdom, Gavin Williamson, di Wisma Pertahanan, di sini.
Ketibaan Williamson pada 8.50 pagi disambut dengan kawalan kehormatan utama melibatkan 108 pegawai dan anggota daripada Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izhan Ahmad Rashidi.
Kunjungan kali pertama ke atas Mohamad itu antara lain bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang. -- Bernama
Bernama
Thu May 31 2018
Williamson memeriksa Kawalan Kehormatan Utama semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di Wisma Pertahanan hari ini. - BERNAMA
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Menteri Britain letak jawatan susulan dakwaan buli
Gavin Williamson meletak jawatan pada Selasa selepas timbul dakwaan bahawa beliau membuli rakan sekerja.
Setiausaha Pendidikan UK mohon maaf ketidakadilan penilaian pelajar
Gavin Williamson memohon maaf selepas membatalkan dasar penilaian peperiksaan yang membuatkan ribuan pelajar lepasan sekolah berusia 18 tahun berkemungkinan gagal mendapat tempat di universiti.
COVID-19: Semua sekolah di UK dijangka dibuka September
Keputusan membuka semula sekolah mengundang perdebatan memandangkan Britain merupakan antara negara dengan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19.
Bocorkan rahsia: Setiausaha Pertahanan Britain dipecat
Theresa May berkata kesan tindakan Williamson terhadap Majlis Keselamatan Nasional amat serius dan memerlukan tindakan segera.
Mat Sabu terima kunjungan Menteri Pertahanan UK
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan United Kingdom, Gavin Williamson, di Wisma Pertahanan.