awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat tunai nazar jalan kaki 290 km, rentas tiga negeri empat hari untuk balik kampung

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
28/11/2021
08:12 MYT
Mat tunai nazar jalan kaki 290 km, rentas tiga negeri empat hari untuk balik kampung
Mohd. Syahrizal Harun atau Mat bersyukur dapat tunaikan nazar balik kampung dengan cara berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan semalam empat hari. - Gambar Astro AWANI
GUA MUSANG: Seorang lelaki berjaya menunaikan nazarnya dengan berjalan kaki sejauh 290 kilometer merentas negeri Selangor, Pahang dan Kelantan untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.
Mohd. Syahrizal Harun atau lebih dikenali sebagai Mat yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu berjaya menunaikan nazarnya selepas berjalan kaki selama empat hari.
Menurut Mat yang berusia 40 tahun, sebelum ini, dia tidak dapat balik ke kampung halamannya akibat penularan pandemik COVID-19.
Katanya, sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat oleh kerajaan, dia bernazar untuk pulang ke kampung dengan cara berjalan kaki sebagai tanda kesyukuran.
Selama empat hari merentas tiga negeri, Mat mengharungi pelbagai cabaran terutama sekali cuaca yang tidak menentu.
“Cabaran kedua ialah berjalan di musim hujan dengan beberapa kejadian tanah runtuh, banyak jalan ditutup serta dilencongkan ke arah lain (menyebabkan) kena tambah kilometer perjalanan lagi.
“Di waktu malam pula berjalan pula risikonya hanya satu keadaan gelap dan binatang, tapi Alhamdulillah tidak ada binatang yang berbahaya setakat anjing sahaja,” kata Mat berkongsi pengalaman ketika ditemui pemberita di Hentian Gua Musang di sini, pada Ahad.
Sebelum itu, kepulangan Mat ke Gua Musang disambut oleh Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff; Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail.
Topic Berkaitan
#berjalan 290 km
#tunai nazar
#balik kampung
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan