MALAYSIA
MATA perkasa pelancongan mesra Muslim, China jadi tumpuan utama

Inisiatif FAM Trip merupakan peluang strategik bagi agensi pelancongan dan ahli persatuan mengenal pasti potensi sebenar sesuatu destinasi dalam menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim. - Foto MATA
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) terus melangkah proaktif dalam memperkukuh sektor pelancongan mesra Muslim menerusi penganjuran siri lawatan pengenalan Familiarisation Trip (FAM Trip) ke destinasi luar negara, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pemain industri tempatan untuk menembusi pasaran global.
Ringkasan AI
- MATA menganjurkan siri FAM Trip ke destinasi luar negara sebagai strategi memperkukuh pelancongan mesra Muslim dan membuka peluang pasaran global kepada agensi pelancongan tempatan.
- China menjadi destinasi tumpuan kerana populasi Muslim yang besar dan kemudahan tanpa visa, menjadikannya berpotensi tinggi untuk pelancongan dua hala.
- MATA menyokong penuh penganjuran WITEX sebagai platform antarabangsa untuk mempromosi Malaysia sebagai hab pelancongan dan perdagangan berasaskan nilai Islam.
"Berdasarkan pengalaman itu, mereka boleh membangunkan pakej yang memenuhi kehendak pasaran pelancong Muslim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, antara destinasi strategik yang diberi tumpuan adalah China, memandangkan negara itu mempunyai lebih 300 juta penduduk beragama Islam serta hubungan diplomatik erat dengan Malaysia.
Katanya lagi, kemudahan kemasukan tanpa visa juga menjadikan China sebagai destinasi berpotensi besar dalam pelancongan dua hala.
"Kelebihan ini memberi keselesaan kepada pelancong dan memperkukuh industri pelancongan kedua-dua negara," jelas Mohd Khalid.
Dalam masa sama, Mohd Khalid menjelaskan MATA turut menyokong penuh penganjuran World Islamic Tourism and Trade Expo (WITEX) sebagai platform antarabangsa untuk mempromosi Malaysia sebagai hab utama pelancongan dan perdagangan berasaskan nilai Islam.
Ujarnya, usaha tersebut sejajar dengan komitmen MATA untuk memposisikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim bertaraf dunia, dengan penyertaan aktif pemain industri tempatan di peringkat global.
"WITEX merupakan langkah penting dalam mengangkat Malaysia sebagai peneraju pelancongan MICE Islamik.
"Sektor-sektor berkaitan seperti produk halal, kewangan Islam, insurans dan perkhidmatan lain juga perlu dipromosikan secara lebih agresif,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami