Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung penggunaan mata wang kripto, mata wang digital, sama ada ia sah atau tidak untuk dilaksanakan di negara ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata ia belum jelas kerana masih dalam pertimbangan.
"Ada orang tanya saya sama ada ia sah atau tidak... sama ada sah atau tidak sah... itu jawapannya. Ia masih dalam keadaan yang tidak jelas.
"Memang saya terbabit dengan pelancaran Harapan Coin, tapi malangnya saya bukan Menteri Kewangan, tetapi Menteri Wilayah Persekutuan, maka ia bukan di bawah bidang kuasa saya... tak bolehlah saya nak tekan sangat (perkara ini)," katanya sewaktu berucap merasmikan Majlis Minum Petang dan Program Amal Penyerahan Bantuan Sumbangan Persekolahan Fasa Kelima (2019) anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia), di sini, hari ini.
Khalid mengulas kejayaan penganjur bersama program minum petang berkenaan, Blockchain.My kerana berani memperkenalkan teknologi baru itu.
Khalid pernah mencadangkan mata wang kripto, Harapan Coin, kepada Bank Negara Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk transaksi kerajaan.
Beliau mencadangkan penggunaan mata wang digital itu kerana ia adalah teknologi baru.
Dalam ucapan sama, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut berkata, kerajaan menggalakkan dan sentiasa menyokong pertubuhan bukan kerajaan menjalankan tugas membantu mendekatkan jurang ketidaksamarataan di antara masyarakat.
Program yang memasuki tahun kelima itu menyumbangkan kelengkapan sekolah berupa beg, kasut dan stokin, alat tulis, hamper serta wang tunai yang keseluruhan berjumlah RM200 setiap seorang.
Penerima adalah 100 murid dari kalangan anak yatim dan asnaf di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 12 2019
KHALID: Ia masih dalam keadaan yang tidak jelas.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
'Pelantikan Pengerusi KADA bukan sebagai ganjaran' - Khalid
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang baharu, Khalid Abdul Samad menafikan pelantikannya ke agensi itu sebagai baksis (upah atau ganjaran).
Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru
Kerajaan bersedia berbincang mengenai permasalahan dihadapi 100 pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berkenaan penilaian hartanah mereka.
KL Rovers untuk dijual
Dana yang diperoleh hasil jualan KL Rovers mampu membiayai keperluan untuk membayar tunggakan gaji yang dialami KL City FC.
'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'
Khalid memberi peringatan itu selepas meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ahli yang membuat kritikan terbuka termasuk isu dalaman parti.
Amanah serah kepada BN tentukan calon MB Kelantan
Beliau berkata, tindakan itu tepat apabila BN dilantik sebagai ketua selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan dengan Pas pada PRN itu nanti.
Isu pengampunan Najib: Kenyataan Khalid bukan mewakili Amanah - Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi Amanah.
Isu pengampunan Najib: 'Jangan sibuk pasal parti lain' - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan menyelar kenyataan Khalid Abdul Samad berhubung isu pengampunan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Isu pengampunan Najib: UMNO perlu hormat pendirian Amanah - Khalid Samad
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menegaskan, dasar hormat menghormati dan kesepakatan untuk memelihara negara perlu diberi keutamaan.
Isu pengampunan Najib: Amanah parti 'kawan makan kawan' - Puad Zarkashi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai parti kawan makan makan.
Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi
UMNO Kelantan akan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di Kelantan.