KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang merangka strategi bagi mengatasi cabaran geopolitik membabitkan konflik di Asia Barat yang kian memuncak supaya tidak menjejaskan prestasi perdagangan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing sekali gus mengatur strategi tuntas untuk mengurangkan impak berkenaan.
"Kami sedang melakukan analisis dan eksport Malaysia di negara yang terlibat konflik di Asia Barat. Jadi apa yang kita buat adalah mendapatkan maklumat mengenai trend eksport ke negara tersebut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
"Jadi kita boleh menggunakan negara atau bandar di kawasan berdekatan untuk mengeksport di negara yang terlibat konflik," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini pada Khamis.
Beliau berkata ketika konflik Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan Qatar sebelum ini, MATRADE telah mengeksport barangan ke negara terbabit menerusi Oman.
Justeru, katanya MATRADE akan mengambil langkah sama sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan.
Sementara itu, Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata antara strategi lain untuk mengurangkan impak risiko geopolitik ke atas perdagangan Malaysia adalah menambah pasaran baharu, terutama dalam kalangan pasaran baharu muncul.
"Ini termasuk negara seperti Kenya, Brazil, Nigeria, Tanzania, Yaman, Morocco dan Namibia, dengan kesemua negara ini telah menunjukkan peningkatan signifikan dan potensi besar untuk eksport produk tempatan.
"Apabila pertumbuhan ekonomi China menyederhana sebelum ini, eksport kita ke sana telah berkurangan dan keadaan sama boleh berlaku di rantau lain. Jadi persediaan awal dan langkah penampan penting. Ini sedang dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Reezal Merican (tengah) Mohd Mustafa (kanan) dan Hairil Yahri (kiri) bergambar pada majlis pra pelancaran MIHAS 2024 di Menara MATRADE. - Foto BERNAMA
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
Negara anggota ASEAN dijangka berkembang kukuh dalam harungi cabaran geopolitik global
Dalam mendepani pelbagai isu yang membimbangkan di rantau ini, komitmen ASEAN tetap teguh untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan.