awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Razarudin bersara selepas lebih 42 tahun menabur bakti
MALAYSIA
Selangor pastikan kesucian Islam kekal dipelihara - Exco
DUNIA
Rusia beri amaran keras kepada AS jangan campur tangan konflik Israel-Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Matrikulasi: Pertikaian berterusan boleh jejas tumpuan warga pendidik - KP Pelajaran

Bernama
Bernama
22/05/2019
10:58 MYT
Matrikulasi: Pertikaian berterusan boleh jejas tumpuan warga pendidik - KP Pelajaran
Dr Amin berkata warga pendidik dalam Kementerian Pendidikan bertanggungjawab terus untuk mempertahan dan melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan. - Gambar fail
Perdebatan dan pertikaian mengenai isu kemasukan pelajar ke matrikulasi boleh menjejaskan tumpuan warga pendidik sebagai penjawat awam untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin.
Katanya pertikaian yang berterusan melibatkan pelbagai pihak selepas sahaja keputusan Jemaah Menteri dibuat berkaitan dengan kuota 90:10 kemasukan pelajar (Bumiputera/bukan Bumiputera) ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.
"Oleh itu kami percaya sebagai Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik wajar dan berhak mempertahankan keputusan Jemaah Menteri tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Keputusan Kabinet dalam isu matrikulasi 'sesuatu yang bersejarah' - Maszlee
BACA: Pertambahan tempat matrikulasi tidak jejas pengambilan lepasan STPM ke universiti awam
Oleh yang demikian, Dr Amin berkata warga pendidik dalam Kementerian Pendidikan bertanggungjawab terus untuk mempertahan dan melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan, dan dilaksanakan sepenuh dan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.
BACA: Kuota matrikulasi: UUM berdiri teguh di belakang Maszlee
BACA: Kekecohan kaum India terhadap penempatan matrikulasi 2019
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amin senin
#Bumiputera
#jemaah menteri
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#kuota 90 10
#Maszlee Malik
#matrikulasi
#melampau batas
#penjawat awam
#warga pendidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami