awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATTA nasihat orang ramai berhati-hati dengan pakej umrah murah

Bernama
Bernama
31/12/2016
00:26 MYT
MATTA nasihat orang ramai berhati-hati dengan pakej umrah murah
MATTA menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelancongan murah, khususnya umrah, bagi mengelak daripada tertipu.
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelancongan murah, khususnya umrah, bagi mengelak daripada tertipu.
Presiden MATTA Datuk Hamzah Rahmat berkata orang ramai perlu berurusan dan membeli pakej umrah hanya daripada ejen perjalanan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bukan daripada syarikat atau individu tidak berdaftar.
"Tidak ada pakej umrah murah dan mereka yang percaya boleh mendapatnya dengan lebih murah daripada minimum RM4,900 bagi pakej asas, akan tahu padahnya kemudian, tetapi ketika itu sudah terlalu lewat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta
BACA: Kejar pakej murah antara punca jemaah umrah tertipu - Dr Farid
Semalam, polis mendedahkan satu pakej umrah tipu yang ditawarkan satu entiti di Terengganu melibatkan kerugian dianggarkan RM14.2 juta dan menjejaskan 4,800 bakal jemaah.
Hamzah berkata mereka yang terlibat dengan penipuan pakej umrah perlu didakwa dan dikenakan hukuman maksimum bagi menghalang mereka yang berniat menipu orang ramai daripada berbuat demikian.
Beliau juga meminta penderma yang ingin memberi subsidi bagi pakej umrah supaya bekerjasama dengan MATTA untuk kebaikan jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Hamzah Rahmat
#jemaah
#Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
#MATTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan