awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maulidur Rasul: Penyertaan bukan Islam dalam sambutan gambar perpaduan

Bernama
Bernama
06/09/2025
09:15 MYT
Maulidur Rasul: Penyertaan bukan Islam dalam sambutan gambar perpaduan
Dr Annuar (tiga, kiri) bersama Residen Bahagian Sibu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman sebelum mengetuai perarakan sempena Maulidur Rasul di Dataran Tun Tuanku Bujang. - Bernama
SIBU: Penyertaan masyarakat bukan Islam yang semakin meningkat setiap tahun pada majlis perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu jelas menggambarkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang agama di bandar ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata perkembangan itu, sesuatu yang amat menggembirakan dan boleh diperkukuh lagi pada sambutan akan datang.
"Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat bukan Islam yang turut bersama-sama kita hari ini. Saya nampak sudah ramai masyarakat bukan Islam menyertai perarakan Maulidur Rasul di bandar ini. Ini amat menggembirakan khususnya dari segi perpaduan dalam kalangan berbilangan agama di bandar ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis sambutan itu di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.
Lebih 7,000 peserta mewakili 67 kontingen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sekolah, swasta, surau, masjid dan badan bukan kerajaan (NGO), mengambil bahagian dalam sambutan itu yang turut melibatkan perarakan sejauh 3.2 kilometer mengelilingi pusat bandar itu.
NGO bukan Islam yang dijemput menyertai perhimpunan dan perarakan itu terdiri daripada Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina, Teo Chew Association Sibu, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Iban Daerah Sibu dan Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA).
Dr Annuar yang juga ADUN Nangka berharap jumlah kontinjen yang menyertai perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu pada tahun depan dapat ditambah, khususnya dalam kalangan NGO bukan Islam.
Sementara itu mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili DUN Sarawak bagi penggal 1990-1993 dan 1993-1996 Temenggong Datuk Seri Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, 78, dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 2025.
SK Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sibu pula telah diisytiharkan sebagai sebagai johan keseluruhan kontinjen terbaik, dengan Kumpulan Sanyan menjadi naib johan dan SK Abang Ali di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maulidur Rasul
#Sibu
#bukan Islam
#perpaduan kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan