awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi

Azee Shafy
Azee Shafy
06/07/2022
20:30 MYT
Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Mohd Haris menyiram pusara isterinya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang malam tadi. - Astro AWANI
BERA: Suasana sedih menyelubungi rumah mangsa samun yang maut akibat dijerut dengan kabel pengecas telefon ketika jenazah tiba di rumahnya di Felda Mengkuang, Triang kira-kira jam 8.00 malam tadi.
Jenazah Siti Zuliana Said, 52 tahun, dibawa dengan kenderaan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) ke rumahnya untuk disolatkan selepas dimandikan dan dikafankan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS).
Selain anak dan ahli keluarga terdekat serta sahabat handai arwah, turut kelihatan, suaminya Mohd Haris Ibrahim, 60.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.
BACA: 'Sedar-sedar mak dah tiada'
BACA: Wanita maut dijerut dengan kabel pengecas telefon ketika disamun
Terdahulu, media melaporkan kejadian samun pada Selasa kira-kira jam 6.00 pagi yang telah meragut nyawa Siti Zuliana, sementara suaminya cedera di bahagian belakang kepala.
Difahamkan, suspek berjaya melarikan barang kemas milik mangsa, wang tunai bernilai RM6,000 serta sebuah kereta Honda City milik suami mangsa.
Topic Berkaitan
#samun
#maut
#mangsa samun
#maut dijerut kabel pengecas telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan