awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut jatuh tingkat 16 ketika cuba lari serbuan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2024
22:00 MYT
Maut jatuh tingkat 16 ketika cuba lari serbuan polis
Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati apabila terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban ketika cuba melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis dalam kejadian pada petang Ahad. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati apabila terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban ketika cuba melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis dalam kejadian pada petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada jam 6 petang berikutan maklumat aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan di premis berkenaan.
Menurutnya, ketika pasukan serbuan mengetuk pintu rumah terbabit, seorang lelaki dipercayai warga Nigeria keluar, namun bertindak masuk semula dan mengunci pintu selepas menyedari kehadiran pasukan polis.
Beliau berkata, pasukan serbuan kemudian berjaya memecah masuk ke rumah berkenaan, namun pemeriksaan tidak menemui lelaki terbabit sebaliknya terdapat beberapa lelaki dipercayai warga Nigeria dalam rumah berkenaan.
"Pemeriksaan di sekitar bangunan terbabit mendapati terdapat sekujur tubuh terbaring di tingkat bawah dipercayai lelaki yang membuka pintu tadi.
"Seorang lagi rakan mereka berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri di tingkat lapan kondominium terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Mengulas lanjut mengenai serbuan itu, Razlam berkata, pihaknya menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu dalam rumah yang disewa mereka.
Katanya, siasatan lanjut mengenai status kemasukan mereka ke negara ini masih dalam siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes suspek mati akibat jatuh dari kondominium terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki warga Nigeria
#lari dari polis
#jatuh dari tingkat 16
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan