awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut selepas empat hari bertarung nyawa

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2022
21:45 MYT
Maut selepas empat hari bertarung nyawa
Keadaan kenderaan dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan seorang mangsa berusia 29 tahun itu telah meninggal dunia di wad kecemasan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada jam 3.58 pagi.
"Mangsa memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas pada jam 3.29 pagi, Ahad.
"Mangsa kemudian dihantar ke pusat perubatan itu dan telah dimasukkan ke zon kecemasan bagi mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada Rabu semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa ditalian 019-3318339 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Persekutuan
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#SJMC
#lelaki maut nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan