GOMBAK: Seorang lelaki warga asing maut apabila sabit yang digunakan untuk menyamun dan menyerang mangsa terkena diri sendiri dalam kejadian di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.
"Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati suspek pada mulanya berbual dengan mangsa, namun tiba-tiba suspek terus menyerang dan menetak mangsa menggunakan sabit panjang.
"Mangsa kemudiannya mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri, namun dalam masa yang sama senjata yang digunakan suspek telah terkena pada bahagian paha kiri suspek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, suspek terus berlari ke arah luar premis dan terus rebah atas jalan pada jarak lebih kurang 36 meter dari lokasi kejadian.
"Suspek yang berumur 50 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Sementara mangsa berumur 48 tahun yang turut mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan kemudiannya turut disahkan meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kes dianggap selesai memandangkan mangsa dan suspek yang terlibat dalam kejadian ini telah meninggal dunia," katanya. - Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022

Kes dianggap selesai memandangkan mangsa dan suspek yang terlibat dalam kejadian ini telah meninggal dunia. - Gambar hiasan

Pekerja kontrak maut dihempap dinding runtuh
Pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.

Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19
Jill Biden disahkan positif ketika sedang bercuti bersama keluarganya di South Carolina, AS.

Stadium Nasional Bukit Jalil venue final Piala FA JDT vs TFC
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan bagi perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 10 Sept ini.

Dera: Polis tahan pengasuh sebabkan kematian anak saudara
Seorang wanita warga tempatan ditahan polis hari ini kerana disyaki mendera dan menyebabkan kematian anak saudara lelakinya berusia tiga tahun dalam kejadian di Kepong di sin, semalam.

JHEAIPP sahkan kedai nasi ayam di Sungai Ara tiada sijil halal
Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus Sungai Triang
Seorang remaja lelaki 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus di Sungai Triang berhampiran Kampung Kerayong di sini, hari ini.

Permohonan pengambilan pekerja asing tidak dibeku lagi bermula Jumaat
Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
![AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982942/thumbnails/12423381251660656652349_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Najib gagal cuba tangguh rayuan akhir perbicaraan SRC International. Bekas Panglima TLDM hadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah skandal LCS. PM arah penjawat awam pertahan kerajaan bukan parti politik. #AWANInews

Isu kewarganegaraan: Wan Junaidi dijangka jumpa NGO, 6 wanita Malaysia Khamis ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam wanita Malaysia mengenai isu kewarganegaraan anak-anak mereka.

Sembilan anggota polis ditahan peras ugut ahli perniagaan
Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Selangor lapor satu kes kluster ILI di sekolah berasrama penuh di Gombak
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan satu kejadian kluster 'Influenza-Like-Illness' (ILI) yang melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Gombak.

Macam malam raya, 5.6 juta kenderaan banjiri lebuh raya sempena cuti sekolah
Sebanyak 5.6 juta kenderaan membanjiri lebuh raya seluruh negara menyebabkan aliran trafik sesak di beberapa laluan utama sejak Jumaat.

Cuti sekolah: Plaza Tol Gombak sesak
Kesesakan dianggarkan sejauh dua kilometer (km) dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke plaza tol terbabit.

Pemilihan PKR: Azmin ucap tahniah kepada Amirudin
Keputusan menunjukkan Amirudin memperoleh 1,858 undi iaitu 351 undi secara fizikal dan 1,507 undi secara dalam talian.

Lelaki warga asing lemas ketika jala ikan
Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas ketika menjala ikan di Kampung Kerdas 5 Batu 6, di sini pada Ahad.

Lelaki ditahan miliki dadah, air ketum di Taman Sri Gombak
Hasil siasatan mendapati suspek bukan salah seorang petugas di Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Remaja maut motosikal terbabas ketika pulang ambil kasut futsal
Motosikal mangsa hilang kawalan disebabkan jalan basah sebelum terbabas dan terjauh ke lorong bertentangan dan merempuh kenderaan jenis Myvi.