awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis umum perkhidmatan pulih sepenuhnya susulan kebakaran menara di Kuala Kangsar

Bernama
Bernama
29/12/2025
21:45 MYT
Maxis umum perkhidmatan pulih sepenuhnya susulan kebakaran menara di Kuala Kangsar
Maxis sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran di tapak menara telekomunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, pada Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd (Maxis) memaklumkan perkhidmatannya pulih sepenuhnya bagi pelanggan yang terjejas susulan kebakaran di tapak menara telekomunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak pada 27 Dis, 2025.
Syarikat itu berkata, perkhidmatan telekomunikasi dipulihkan secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 1:03 pagi, 29 Dis, 2025.
Katanya, ini merangkumi semua perkhidmatan yang dikongsi melalui pengaturan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN).
"Setelah mengesahkan struktur menara kekal kukuh, pasukan teknikal kami segera menggantikan peralatan radio yang rosak.
"Langkah ini memulihkan sambungan ke tapak yang terjejas serta empat tapak lain yang berhubung dengannya sekali gus menyelesaikan gangguan perkhidmatan bagi kira-kira 3,000 pelanggan di kawasan sekitar dan pengguna lebuh raya," kata Maxis.
Syarikat pengendali telekomunikasi itu memberitahu pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran berkenaan.
Maxis juga mengambil maklum kenyataan berhubung insiden ini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 28 Dis, 2025 serta menegaskan semula komitmen syarikat untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian yang tertinggi.
"Kami akan terus mematuhi protokol penyelenggaraan yang ketat serta menjalankan pemeriksaan teknikal secara berkala selain memastikan pemantauan berterusan terhadap infrastruktur rangkaian kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Kangsar
#kebakaran menara telekomunikasi
#Maxis
#perkhidmatan telekomunikasi pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan